YusopRejab.Com
Merebut Peluang Yang Ada
Merebut Peluang Yang Ada
Nov 21st

Rancangan Bijak Wang yang disiarkan setiap Sabtu jam 7.00 malam merupakan rancangan kewangan “favorites” saya. Rancangan ini telah mula disiarkan pada 23 Mei 2009. Program yang disiarkan secara langsung dari Studio B, Sri Pentas Bandar Utama diterbitkan oleh Primeworks Studios. Ia dihoskan oleh Nurin Mastura.
Rancangan Bijak Wang ini banyak membincangkan topik-topik berkaitan pengurusan kewangan peribadi. Ia menitikberatkan kemahiran mengurus kewangan peribadi yang mana harus ada pada setiap pengguna. Pengguna yang bijak dan peka terhadap perbelanjaan seharian akan mendapat manafaatnya, apatah lagi semasa kegawatan ekonomi yang sedang kita alami sekarang.
Kenapa saya sarankan anda menonton rancangan Bijak Wang ?
Oleh itu marilah bersama-sama kita menonton rancangan ini untuk mendapat info kewangan. ” kearah pengurusan kewangan yang berhemah”.
Nov 15th
Assalamualaikum/Salam Sejahtera kepada pembaca blog saya,
Pada post kali ini saya ingin berkongsi dengan anda produk PERCUMA terbaru. Sau
dara Khairul Hazwan baru sahaja melancarkan ebook terbaru beliau yang bertajuk “Rahsia 15 Strategi PLR Terbongkar”.
Ebook ini berkaitan dengan Private Label Rights (PLR).
Anda akan diterangkan dengan jelas dan terperinci tentang PLR dalam ebook terbaru saudara Khairul Hazwan ni. Secara amnya produk-produk PLR ini memberi hak kepada anda untuk mengubah secara keseluruhannya isi kandungan produk tersebut.
Dengan produk PLR anda boleh jadikannya sebagai produk anda sendiri. Kadang-kadang
kelebihan-kelebihan seperti inilah yang ramai usahawan internet tidak sedar. Dalam ebook terbaru saudara Khairul Hazwan ni, ada diterangkan lagi kelebihan-kelebihan produk-produk PLR yang lain selain penyelesaian masalah penciptaan produk sendiri.
Tahukah anda, dengan produk-produk PLR sahaja anda berpotensi membina perniagaan internet anda yang kukuh untuk jangka masa yang panjang seterusnya menjana pendapatan yang lumayan dan konsisten.
Tetapi untuk mencapai matlamat seperti ini, anda haruslah bertindak mengikut strategi-strategi yang betul dan ampuh.
Mungkin juga ada dikalangan anda yang sudah pun memiliki ratusan megabyte produk-produk PLR di dalam simpanan hard disk anda. Anda tak buat apa-apa dengan produk-produk tersebut sehinggakan ia menjadi ‘digital dust’.
Bukan anda tak nak buat apa-apa cuma mungkin anda tak tahu dan tak ada idea. Ebook “Rahsia 15 Strategi PLR Terbongkar” akan mendedahkan bukan hanya 2,3 ataupun 4, tetapi 15 strategi-strategi yang boleh anda aplikasikan terhadap
produk-produk PLR yang boleh membantu anda dalam membina perniagaan internet anda yang sebenar.
Berikut adalah isi kandungan ebook 54 mukasurat (pure content) tersebut :
Intro
Bab 1 : Apa Itu PLR
Bab 2 : PLR (Private Label Rights) di Dunia Nyata Offline
Bab 3 : PLR (Private Label Rights) di Dunia Internet Marketing
Bab 4 : Persamaan Industri Kimia dan Internet Marketing
Bab 5 : Jenis-jenis Produk PLR & Kategori Lesen PLR
Bab 6 : PLR : Penyelesaian Masalah Penciptaan Produk Sendiri
Bab 7 : Kelebihan Produk-produk PLR
Bab 8 : Kelemahan Produk-produk PLR
Bab 9 : Panduan Membeli Produk-produk PLR
Bab 10 : 15 Strategi PLR
Penutup dan Santapan Motivasi
Salah-satu daripada strategi yang telah diperkenalkan oleh saudara Khairul Hazwan ialah mencipta ebook anda sendiri menggunakan produk-produk PLR. Anda boleh ubahsuai ebook PLR dan tambah lagi isi-isi yang bermanfaat
kemudian letakkan nama anda sebagai penulis.
Melalui kaedah ini, masa anda dapat dijimatkan lagi dalam mencipta produk anda sendiri.
Menjual ebook di internet merupakan salah-satu daripada model perniagaan internet yang cukup lumayan dan menguntungkan.
Untuk mengetahui 14 lagi strategi yang lain, download ebook percuma ini SEKARANG juga melalui link di bawah ini :
Nov 14th
Kita perlukan wang untuk menguruskan makan minum, tempat berteduh dan
pakaian samada untuk diri sendiri atau keluarga kita. Semua orang memerlukan wang untuk hidup. Kita juga perlukan wang untuk perkhidmatan seperti penjagaan kesihatan, penjagaan anak, pengangkutan, insuran dan pendidikan.
Kebanyakan benda yang ingin kita miliki samada keperluan atau kehendak memerlukan wang untuk urusan jual beli. Contohnya membeli kereta baru, makan di luar, pakaian berjenama, percutian dan lain-lain.
Tetapi ada orang mengatakan kita perlukan wang kerana ia menjadi anda penting dan menambah keyakinan diri serta menggembirakan kita.
Walaupun ada yang mengatakan bahawa wang adalah jawapan kepada segala penyelesaian masalah namun begitu ada juga yang mengatakan wang adalah punca segala kejahatan.
Mari kita lihat apa yang wang boleh buat dan tidak boleh buat :
” Wang boleh membelikan kedudukan, tetapi bukan penghormatan.”
” Wang boleh membeli sebuah rumah, tetapi bukan keselamatan.”
” Wang boleh membelikan anda buku, tetapi bukan ilmu pengetahuan.”
” Wang boleh membelikan anda ubat, tetapi bukan kesihatan.”
” Wang boleh membelikan anda insuran nyawa, tetapi bukan nyawa.”
” Wang boleh membeli sebuah jam, tetapi bukan masa.”
” Wang boleh membeli sebuah katil, tetapi bukan tidur.”
Lihatlah , Wang bukanlah segalanya!
Persoalan bukan berapa banyak wang yang kita miliki tetapi bagaimana kita menggunakannya atau membelanjanya. Perbelanjaan anda perlu mengikut nilai-nilai murni dan memerlukan perancangan serta latihan.
Ini kerana perancangan yang anda buat hari ini boleh mengubah masa depan anda. Apabila anda merancang hari ini ia juga merupakan perancangan seumur hidup.
Nov 12th
KENAPA PERLU PILIH MADU?
Al-Quran & Sunnah Nabi Muhammad S.A.WSECARA AM
KANAK-KANAK
UNTUK WANITA
UNTUK LELAKI
KECANTIKAN
MERAMPING BADAN
Nov 11th
Ingin saya ulangi di sini, kebanyakan produk bukan tidak bagus. Tetapi yang dipersoalkan adalah janji-janji manis yang palsu. Apa yang dijanjikan pada laman web, hanya tipu daya semata-mata. Bagi saya, walau bagaimana pun panduan tersebut, ia tetap bagus kerana ia adalah ilmu. Maka, jangan salahkan produk, tapi salahkan orang yang menjualnya
Ini adalah sebahagian daripada peringatan daripada saudara Smartzul ,Pengasas Blog Smartusaha.com. Saya telah membaca keseluruhan artikel beliau ini yang bertajuk “Sudah-sudahlah”. Memang amat menarik dan perlu dibaca oleh semua orang terutama newbie supaya tidak menyesal di kemudian hari. Untuk baca keseluruhannya klik disini http://blog.smartusaha.com/sudah-sudahlah/ . Semoga kita mengambil iktibar dari artikel ini. Terima kasih yang tidak terhingga untuk Smartzul untuk peringatan ini.
Nov 7th
Selepas saya menyaksikan Rancangan Bijak Wang di TV3 hari ini yang mana membincangka
n pasal Pelaburan Emas. Terus saya semak harga emas online hari ini ialah USD1096.90/oz atau RM3850.12/oz @ RM123.78/gram (rate RM3.51/usd).
Anda boleh lihat graf harga pada hari 6/11/09 dan juga bandingkan dengan graf harga pada 18/08/09 dibawah.

Harga emas pada 6-11-09

Harga emas pada 18-08-09
Harga emas telah naik sebanyak USD161.40 @ RM566.00 dalam masa 2 bulan 18 hari. Ini kenaikan sebanyak 17.2%!!!
Namun begitu emas dijangka akan naik lagi sehingga mencecah USD1500 didalam tahun 2010. Kalau nak baca lebih detail boleh anda lihat laman Commodityonline.com seperti link dibawah.

http://www.commodityonline.com/news/’Gold-to-hit-$1500-in-2010′-22675-3-1.html
Mari kita semak harga emas yang dijual di Public Gold dan Public Bank .

harga emas Public Gold

harga emas public bank
|
Agensi |
Jualan |
Belian |
|
Public Gold |
RM130.82 |
RM124.28 |
|
Public Bank |
RM122.57 |
RM117.80 |
Jika dibanding harga beli dan jual, harga beli dan jual di Public Gold adalah tinggi berbanding Public Bank.
Kesimpulan yang dibuat oleh Panel Jemputan iaitu Datuk Salleh Majid ,(Bekas Pengarah BSKL), bahawa Pelaburan emas adalah satu pelaburan yang terbaik berbanding pelaburan lain masa kini, Namun kita mestilah tahu ditempat mana yang sesuai untuk melabur. Beliau cadangkan melabur dengan bank dan beli emas fizikal iaitu emas bar. Simpan emas itu dibank dengan menyewa peti keselamatan dibank tersebut. Atau beli emas dengan akaun GIA di Public bank dan GSPA di Maybank.
Beliau juga mengatakan jika sesiapa yang ada barang kemas yang telah lama disimpan, sekarang adalah masanya yang sesuai untuk jual barang kemas lama dan beli emas bar.
Macam mana anda, bila nak beli EMAS ni? …Kalau anda nak tahu lebih banyak pasal pelaburan emas , saya syorkan lawati blog En.Syukur di http://www.jutawanemas.com
Nov 6th
Tidak semua usahawan yang menceburkan diri dalam perniagaan itu
mencapai apa yang mereka impikan. Terdapat fakta menunjukan bahawa
90% usahawan gagal dalam perniagaan dalam tempoh masa 5 tahun dan
yang terbaru kajian daripada Small Business Administration (SBA)
menyatakan;
2/3 usahawan baru gagal dalam jangka masa 2 tahun
44% usahawan baru gagal dalam jangka masa 5 tahun.
Bagaimanakan ini terjadi?
Menurut statistik yang dikeluarkan ini faktor yang menjadi punca
kepada keadaan ini adalah disebabkan oleh;
1. Memulakan perniagaan pada masa yang tidak sesuai.
2. Pengurusan yang Lemah
3. Modal yang tidak Mencukupi
4. Masalah Lokasi
5. Kegagalan dalam merancang
6. Pengembangan perniagaan yang tidak terkawal
7. Tiada pembangunan Lama Web
8. Pasaran yang tidak pelbagai
Perniagaan merupakan pekerjaan yang mulia. Melalui perniagaan
banyak peluang pekerjaan serta peluang untuk meningkatkan taraf
hidup dan ekonomi individu dan negara dapat diwujudkan.
Kebanyakan usahawan masih perlu dibimbing dan dibangunkan dengan
strategi-strategi perniagaan yang bersistematik supaya dapat kekal
dalam arena perniagaan. Ini penting kerana melalui strategi yang
berkesan ia dapat membantu usahawan mempunyai daya saing yang tinggi.
Kejayaan sesuatu perniagaan merupakan satu rahsia kepada kejayaan
usahawan. Usahawan yang mempunyai perniagaan yang maju mempunyai
jati diri dan pengetahuan yang sangat baik dalam perniagaan.
Kegagalan bukannya satu pilihan bagi usahawan yang berjaya,
sebaliknya mereka mempunyai tahap kematangan fikiran yang tinggi,
pengetahuan yang baik serta minda yang positif yang dapat membuka
jalan kepada lebih banyak peluang-peluang perniagaan untuk terus
berkembang.
Bagi memacu kepada sikap dan sifat usahawan yang gigih dan berjaya,
pembangunan yang berterusan (continous development) difikirkan
wajar diapplikasikan kepada usahawan bagi membantu mereka
mengenalpasti peluang serta melaksanakan perniagaan dengan cara
yang lebih praktikal .