YusopRejab.Com
Merebut Peluang Yang Ada
Merebut Peluang Yang Ada
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Saya telah dilahirkan pada 20-09-1974 di pulau kelahiran Mahsuri iaitu Pulau Langkawi Kedah. Merupakan anak ke 7 daripada 8 adik beradik. Sekarang menetap di Banting Selangor.
Mendapat pendidikan awal Sekolah Kebangsaan Ladang Sungai Raya Langkawi, Kisap, Pulau Langkawi pada tahun 1981. Terus menyambung pengajian Menengah di Maktab Mahmud Alor Setar dari tahun 1987 ~ 1993 .
Sebaik sahaja tamat SPM, saya melanjutkan pengajian di ITM (sekarang dikenali Uitm) dari tahun 1993 ~ 1996 di dalam bidang Teknologi Tekstil. ( siapa-siapa nak tahu pasai kain boleh tanya…)
Selepas tamat diploma saya terus ditawarkan pekejaan di Hualon Co. Nilai, Negeri Sembilan, tetapi hanya bekerja selama sebulan kerana mendapat pekerjaan baru di Woodard Textile Sdn Bhd. (sekarang dikenali sebagai Penfabric Mill 1 Sdn. Bhd.) di Bayan Baru, Penang dari tahun 1996 ~ 2003.
Setelah bekerja dan tinggal lebih kurang 7 tahun di Permatang Pauh, Pulau Pinang telah mendapat seru untuk bertukar kerja, dan pada bulan october 2003 mandapat tawaran bekerja di Araborgstena Sdn Bhd. Jenjarom, Selangor sehingga sekarang.
Hobi saya pada masa lapang mestilah “menggodeng”(melayari) internet. Selain itu saya juga suka membaca buku terutama buku berkaitan perniagaan samada online atau offline, kewangan dan pelaburan. Selain itu juga saya suka pergi “berjalan-jalan” (travel) samada didalam atau luar negara. Luar negara yang saya pernah pergi ialah German, Portugal, Republik Chez, China dan USA.
Mula mengenali dan mendalami ilmu perniagaan internet setelah menghadiri Workshop Rahsia Internet oleh Dr Irfan Khairi pada tahun 2006. Bermula dari sejak itu saya terus menimba ilmu dengan menghadiri kursus-kursus serta saya pelajari melalu membeli dan membaca ebook yang terdapat didalam pasaran samada dari dalam dan luar negara.
Harapan saya didalam industri Internet ini ialah, saya dapat menyumbang kepada industri ini melalui penghasilan produk informasi yang bermutu di mana ia dapat menyelesaikan masalah-masalah khususnya berkaitan pengurusan kewangan disamping mendidik, membimbing dan membantu yang termampu. Saya juga bercita-cita menjadi seorang usahawan yang berjaya.
Merebut Peluang Yang Ada
Yusop Md Rejab @ YusopRejab
28 December, 2009 - 6:37 am
Terima kasih atas jemputan saudara,salam perkenalan dari saya.
28 December, 2009 - 6:38 am
terima kasih
1 January, 2010 - 3:10 am
saya dah cuba download e book tu..cuma dapat satu ajer…yg lain x dapat..harap bantu
1 January, 2010 - 8:30 am
Terima kasih atas kesudian yus menjemput akak sama-sama menyertai yus,lagipun akak pun bukan muda sangat untuk menyertai perkara yang sebegini.Akak sebenarnya kini adalah tergolong daripada salah seorang OKU tapi akak masih bernasib baik kerana Allah masih memberi ruang untuk akak meneruskan kehidupan walaupun sebelum ini akak begitu ceria kerana tiada cacat cela tetapi setelah akak mengalami sendiri barulah kita sedari bagaimana deritanya insan yang cacat semulajadi.Akak mendapat demam panas selepas melahirkan anak kedua dan mengakibatkan kehilangan pendengaran dan kini terpaksa mengunakan alat bantuan pendengaran,namun akak bersyukur kerana masih dapat mendengar suara orang yang tersayang.Sebenarnya akak adalah usahawan yang mengusahakan produk kopi Aroma Asli dan baru sahaja menyertai Karnival Selangor Ria 09 di Stadium S.Alam baru-baru ini.Terang-terang akak beritahu yang akan buta it dan baru mula hendak berjinak-jinak mempelajari,dan sebenarnya akak juga berminat untuk menjana income melalui internet tapi akak takut kalau ada yang berunsur penipuan.Akak kena juga berani menghadapi ini semua kerana masalah kewangan sentiasa saja ada,walaupun akak berniaga,mungkin dengan menyertai peluang yang ada dalam internet ini dapat memberi kehidupan yang lebih selesa dan perniagaan akan dapat berkembang dengan pesatnya,insyallah itulah impian akak yang sebenar.Terima Kasih.
7 January, 2010 - 3:22 pm
Terima kasih akak,
Bagi saya akak seorang yang tabah dalam menghadapi liku hidup ini. Sama-samalah kita belajar perniagaan internet ini dan akak boleh bertukar pendapat dalam mengembangkan bisnes kita sama ada online atau offline.
3 January, 2010 - 6:49 am
terima kasih ..saya harap dapat belajar lebih banyak dari saudari
6 January, 2010 - 7:20 am
sy dh baca ebook 2 byk info2 yg berguna..klu boleh tambah lg cara pelbelanjaan berhermet.n jenis insuran y sesuai dimiliki
7 January, 2010 - 3:10 pm
ct,
memang ada perancangan untuk update ebook tersebut. cadangan yang bagus, terima kasih ct
30 May, 2010 - 4:19 am
akum ct, berkenaan insurans tu atau lebih tepat lagi dengan nama takaful (bagi kita yang beragama islam adalah lebih baik menggunakan produk islam), boleh bertanyakan kepada saya, saya boleh terangkan, just email saja saya, tq
30 January, 2010 - 10:46 am
nak tanye.. apa itu perniagaan offline ?
30 January, 2010 - 4:18 pm
syed, perniagaan offline ialah perniagaan yang tidak menggunakan internet untuk
menjual. Contoh ialah restoran, kedai buku kedai makan dan lain. Tapi kita boleh gabungkan
offline dengan online untuk meningkatkan jualan.
31 January, 2010 - 2:20 am
Assaaualaikum,
Terima kasih kepada saudara kerana sudi berkongsi idea secara percuma. Saranan2 yang diajukan memang bagus. Ada diantaranya telahpun dipraktikkan.
Jazakallahukhairan kathira.
Wassalam
19 June, 2010 - 6:28 am
En. Yusop, boleh ke online kan perniagaan yang sedia offline?
8 July, 2010 - 6:34 pm
Boleh…tapi bergantung jenis perniagaan dan target pelanggan…