Selepas saya menyaksikan Rancangan Bijak Wang di TV3 hari ini yang mana membincangkagold_bar_gold_coinn pasal Pelaburan Emas. Terus saya semak harga emas online hari ini ialah USD1096.90/oz atau RM3850.12/oz @ RM123.78/gram (rate RM3.51/usd).

Anda boleh lihat graf harga pada hari 6/11/09 dan juga bandingkan dengan graf harga pada 18/08/09 dibawah.

Harga emas pada 6-11-09

Harga emas pada 6-11-09

Harga emas pada 18-08-09

Harga emas pada 18-08-09

Harga emas telah naik sebanyak USD161.40 @ RM566.00 dalam masa 2 bulan 18 hari. Ini kenaikan sebanyak 17.2%!!!

Namun begitu emas dijangka akan naik lagi sehingga mencecah USD1500 didalam tahun 2010. Kalau nak baca lebih detail boleh anda lihat laman Commodityonline.com seperti link dibawah.

Harga emas akan naik lagi..
Harga emas akan naik lagi..

http://www.commodityonline.com/news/’Gold-to-hit-$1500-in-2010′-22675-3-1.html

Mari kita semak harga emas yang dijual di Public Gold dan Public Bank .

harga emas Public Gold

harga emas Public Gold

harga emas public bank

harga emas public bank

Agensi

Jualan

Belian

Public Gold

RM130.82

RM124.28

Public Bank

RM122.57

RM117.80

Jika dibanding harga beli dan jual, harga beli dan jual di Public Gold adalah tinggi berbanding Public Bank.

Kesimpulan yang dibuat oleh Panel Jemputan iaitu Datuk Salleh Majid ,(Bekas Pengarah BSKL), bahawa Pelaburan emas adalah satu pelaburan yang terbaik berbanding pelaburan lain masa kini, Namun kita mestilah tahu ditempat mana yang sesuai untuk melabur. Beliau cadangkan melabur dengan bank dan beli emas fizikal iaitu emas bar. Simpan emas itu dibank dengan menyewa peti keselamatan dibank tersebut. Atau beli emas dengan akaun GIA di Public bank dan GSPA di Maybank.

Beliau juga mengatakan jika sesiapa yang ada barang kemas yang telah lama disimpan, sekarang adalah masanya yang sesuai untuk jual barang kemas lama dan beli emas bar.

Macam mana anda, bila nak beli EMAS ni? …Kalau anda nak tahu lebih banyak pasal pelaburan emas , saya syorkan lawati blog En.Syukur di http://www.jutawanemas.com