Info Semasa

Salam Ramadhan

  

Tanpa Disedari

11 bulan
banyak kata sudah diucapkan dan dilontarkan
tak semua menyejukkan,

11 bulan
banyak perilaku yang sudah dibuat dan diciptakan
tak semua menyenangkan,

11 bulan
banyak keluhan, kebencian dan kemarahan

saatnya istirahat dalam “perjalanan dunia”
saatnya membersihkan jiwa yang berjelaga,
saatnya menikmati indahnya kemurahanNya
saatnya memahami makna pensucian diri

Selamat menunaikan Ibadah Puasa
bersama kita leburkan kekhilafan,

Semoga dengan puasa mempertemukan kita
dengan Keagungan Lailatul Qadar
dan kita semua menjadi pilihanNya
untuk dikabulkan do’a – do’a
dan kembali menjadi fitrah

 

ANDAI INI RAMADHAN YANG TERAKHIR

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu. ..kepada- NYA Tuhan yang satu
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu solatmu kau kerjakan di awal waktu
solat yang dikerjakan.. .sungguh khusyuk lagi tawadhu’
tubuh dan qalbu…bersatu memperhamba diri
menghadap Rabbul Jalil… menangisi kecurangan janji

“innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil ‘alamin”
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]

Namun teman…

tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha…bersedia …meminta belas-NYA

Wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu … namun tak pula aku sanggup ke Nerakamu …kami lah hamba yang mengharap belas darimu “ya allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami kedua ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia” Amin…..

 

 
Andai benar ini Ramadhan terakhir buat saya
Saya pohonkan kemaafan di atas segala kesilapan & dosa-dosa yang lalu. Semoga Ramadhan tahun ini akan menjadi ‘ibadah puasa YANG TERBAIK & YANG PALING IKHLAS yang pernah kita lakukan.

Semoga ‘ibadah puasa kita pada tahun ini juga akan diberkati & diterima oleh ALLAH s.w.t.. InsyaAllah.

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK

Buat duit dengan ASB Loan by RHB

Skim pinjaman ASB sudah lama ada dalam pasaran yang ditawarkan oleh bank-bank tempatan. Baru-baru ni RHB Bank dengan cawangannya iaitu Easy by RHB, telah menawarkan produk Skim Pinjaman Easy-ASB dengan bayaran bulanan yang rendah selama 5 tahun pertama.

Dengan urusan pinjaman yang pantas (online semuanya). Anda hanya perlu membawa kad pengenalan dan buku ASB. Tanpa slip gaji pinjaman mudah lulus asalkan anda mampu buat bayaran balik bulanan selama setahun. Tetapi anda mesti memastikan yang anda tidak “black list” dan Cip Kad pengenalan boleh dibaca, jika tidak boleh dibaca maka anda kena buat kad pengenalan baru.

Jumlah pinjaman yang diberikan dari RM10,000 sehingga RM100,000 bergantung kepada jumlah gaji anda setelah ditolak oleh lain-lain tanggungan. Ini semua akan dikira secara automatic oleh komputer secara online setelah anda memberitahu jumlah gaji bulanan anda

Untuk maklumat lanjut sila download artikel dibawah ini

 
 
 

Right click and save target

 

Kisah Kejayaan : Datuk Wan Mohammad Sani Salleh

PADA usia 33 tahun, anak muda ini bagaikan memiliki segala-galanya. Perniagaan yang memberi pulangan jutaan ringgit, bangunan sendiri sebagai pusat operasi perniagaan dengan kos pembelian serta pengubahsuaian mencecah RM7 juta, memandu kereta Ferrari F360 Modena bernilai RM1 juta dan mendiami banglo mewah bernilai RM 9 juta.

Memang selayaknya anak muda itu digelar jutawan, tetapi dalam pertemuan baru-baru ini, beliau lebih gemar merendah diri dan mengatakan apa dimilikinya hari ini adalah rezeki diberi Allah SWT.
“Saya berusaha keras untuk capai kejayaan seperti hari ini. Namun, ketentuannya adalah daripada Allah SWT,” kata anak muda itu.

Anak muda yang dimaksudkan adalah Pengarah Urusan Sani United Sdn Bhd (SUSB), Datuk Wan Mohammad Sani Salleh, 33. Sejak tiga tahun lalu di sana-sini namanya sering menjadi sebutan.

Namanya harum kerana bas berwarna merah yang terukir namanya sendiri. Siapa tidak pernah mendengar nama Sani Express.

Destinasi ke ‘Pantai Timur’ sudah ditawan dan kini semakin ligat meneroka destinasi ke Alor Setar di utara.

Lebih mengagumkan, bermula bulan ini 25 bas dimiliki, semuanya bas dua tingkat yang tampak elegen dan semestinya menjanjikan keselesaan.

Bagi Wan Mohd Sani atau lebih mesra dengan panggilan Sani, apa dikecapinya hari ini di luar jangkaan, malah tidak pernah diimpikannya. Beliau memulakan perniagaan atas dasar minat dan mahu merubah kehidupannya ke tahap lebih baik.

“Biasalah… dulu saya seperti ‘main-main’. Masuk industri hiburan, jadi model, penyanyi dan pelakon sehingga lama kelamaan saya sedar sampai bila saya harus begitu.

“Ketika itu hidup sekadar untuk cari makan dan hiburkan diri sendiri. Bukan saya kata bidang hiburan tak menjanjikan kejayaan, tetapi biasanya sukar untuk cemerlang dalam bidang itu,” katanya ketika ditemui di Wisma Dato’ Sani di Klang Sentral, Klang bersama rakan karibnya, Pengarah Urusan Federal Malay Holding Sdn Bhd, Datuk Sharifuddin Musa.

Selama beberapa tahun menceburi bidang hiburan, Sani mengakui tidak nampak masa depannya dalam bidang itu.

Rakannya sejak zaman kanak-kanak, Datuk Sharifuddin dijadikan sebagai inspirasi selepas melihat rakannya berjaya dalam perniagaan.

“Melihat rakan yang berjaya, terutama Datuk Din (Datuk Sharifuddin), saya berasa ketinggalan. Dulu dia pernah bersama-sama saya menjadi model, tetapi dia meninggalkan bidang itu terlebih dulu untuk berniaga sehingga berjaya.

“Pada masa sama saya sedar, umur semakin meningkat dan yang boleh merubah keadaan saya ketika itu hanya diri saya sendiri,” katanya yang pernah menganggotai kumpulan Impression bersama Norman Hakim dan Eizlan Yusof.

Beliau meletakkan tekad untuk merubah tahap kehidupannya dengan berniaga sendiri.

Katanya, beliau bermula dengan membuka bengkel membaiki kenderaan di beberapa tempat seperti Kuala Lumpur dan Terengganu dan seterusnya mencuba perniagaan dalam bidang pengangkutan iaitu bas yang sememangnya menjadi minatnya.

“Ketika zaman sekolah, saya bersekolah di Kuala Terengganu dan keluarga pula di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Apabila berpeluang pulang ke Kuala Lumpur saya memilih bas sebagai pengangkutan.

“Boleh dikatakan rutin saya ketika bercuti hanya menaiki bas dan tidur di atas bas. Jika ada cuti sehari sekalipun, malam saya naik bas ke Kuala Lumpur dan pada malam keesokan harinya saya pulang ke Kuala Terengganu,” katanya.

Ketika memulakan perniagaan dalam bidang pengangkutan, pelbagai cabaran getir terpaksa ditempuh dan beliau perlu bekerja keras sehingga terpaksa tidur di pejabat.

Pada 2003 Sani menubuhkan SUSB khusus untuk perniagaan pengangkutan itu.

“Ketika itu saya bersama dua lagi rakan kongsi. Namun tidak lama kemudian dua rakan itu menarik diri, menyebabkan saya terkontang-kanting seorang diri. Keadaan ketika itu memang getir,” katanya.

Beliau terpaksa berhati-hati kerana sebarang keputusan dibuat adalah tanpa dirujuk kepada sesiapa.

“Ketika ada dua rakan kongsi itu, saya boleh merujuk kepada mereka, tetapi apabila seorang diri, saya perlu membuat keputusan sendiri.

“Jika tersilap membuat keputusan, memang saya akan jatuh. Justeru sebelum membuat keputusan, saya fikir 10 kali,” katanya.

Sani berkata, ketika itu beliau hanya ada seorang pekerja dan dengan menggunakan sepenuhnya kudrat dan buah fikirannya, segala perancangan untuk memulakan operasi bas ekspres yang diimpikannya hanya menampakkan hasil selepas tiga tahun bertungkus lumus dan modal daripada institusi kewangan.

Katanya, beliau menanggung risiko besar kerana pinjaman yang dibuat, tetapi beliau berani dan yakin dengan apa yang dibuat.

“Bayangkan jika apa yang saya buat tidak menjadi. Bagaimana saya dapat melunaskan pinjaman dalam jumlah besar itu?

“Apapun pada Januari 2006 Sani Express ada di jalan raya dan alhamdulillah perjalanan perniagaan ini lancar, mendapat sambutan dan sejak itu perniagaan saya semakin pesat berkembang,” katanya.

Sani membuktikan ‘jalan’ dipilihnya berbaloi kerana hanya dalam tempoh tiga tahun Sani Express menunjukkan prestasi luar biasa.

Daripada seorang pekerja, Sani kini mempunyai 150 kakitangan sendiri. Daripada pejabat kecil di Ukay Perdana, Sani kini ada wisma sendiri yang dibeli dan diubahsuai dengan belanja mencecah RM 7 juta.

Wisma tiga tingkat dinamakan Wisma Dato’ Sani di Klang Sentral itu serba lengkap. Selain menjadi pusat operasi, wisma itu dilengkapi asrama, pusat latihan dan surau.

Paling menarik, segala operasi di kaunter tiket Sani Express di setiap negeri dipantau secara langsung menerusi kamera litar tertutup yang dipancarkan terus ke wisma berkenaan.

Menurut Sani, selain minat, antara faktor kejayaannya adalah sikapnya yang tidak malu bertanya dan belajar daripada sesiapa saja.

“Saya bukan sekolah tinggi sangat. Saya belajar daripada orang berpengalaman, malah dengan sesiapa saja. Dengan pemandu bas saya belajar, dengan mekanik saya belajar, malah dengan orang yang pernah gagal juga saya belajar kerana kegagalan itu akan saya jadikan iktibar.

“Daripada situ kita dapat ilmu, malah sampai sekarang saya masih belajar. Saya buat analisis dan kajian sendiri, baru kita boleh kendalikan perniagaan dengan baik,” katanya.

Statusnya sebagai orang bujang juga banyak memberi kelebihan kepadanya.

Beliau belum berkeluarga dan mampu memberi tumpuan 100 peratus kepada perniagaan.

“Setakat bekerja keras dari siang hingga tengah malam, ia ibarat alah bisa tegal biasa,” katanya yang menganggap pengalaman menjadikan bas ekspres sebagai pengangkutan utamanya dulu turut menjadi faktor kejayaannya.

“Dari dulu saya guna pengangkutan awam (bas ekspres), jadi saya tahu apa yang pelanggan nak dan saya gunakan pengalaman itu ketika menguruskan Sani Express.

“Selain itu saya mengambil berat setiap jawatan yang ada di syarikat ini, daripada kerani kaunter hinggalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO). Ini kerana jika satu saja jawatan tidak berfungsi dengan baik, operasi syarikat akan terganggu,” katanya yang mesra dengan kakitangannya.

Sani berkata, tanpa keberkatan dan doa juga, tidak mungkin beliau berjaya.

“Apa jua perkara yang kita lakukan, kita kena berpegang kepada agama. Buat apa yang disuruh dan tinggalkan apa yang dilarang.

“Doa juga penting dan dalam hal ini ibu saya Sharifah Aini Syed Ibrahim Jamalulai sering mendoakan saya, begitu juga ayah saya. Kita juga perlu ingat kepada orang yang pernah membantu kita,” katanya.

>Profil

NAMA: Datuk Wan Mohammad Sani Salleh

USIA: 33 tahun

LAHIR: 24 Julai 1976 di Kuala Ibai, Kuala Terengganu, Terengganu

ADIK BERADIK: Keempat daripada enam beradik

PENDIDIKAN: Diploma Pengurusan Perniagaan Kolej Sunway (1994)

JAWATAN: Pengarah Urusan Sani United Sdn Bhd (Sani Express Sdn Bhd, Sani Properties Sdn Bhd dan Sani Hotel Sdn Bhd).

PENCAPAIAN: Dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah (Jun 2009) dan Anugerah Usahawan Cemerlang Dewan Perniagaan Melalyu Malaysia (DPMM) Kuala Lumpur (April, 2009)

 

SANI Express mensasarkan untuk memiliki 100 bas dan meneroka semua laluan di negara ini dalam tempoh tiga tahun lagi.

Menurut Sani, sebanyak RM100 juta akan dilabur untuk tujuan itu dan beliau mensasar untuk memiliki 500 kakitangan dalam tempoh berkenaan.
“Ketika ini Sani Express menggunakan sepenuhnya 25 bas dua tingkat dan untuk tempoh tiga tahun saya mensasar untuk memiliki 100 bas dengan meneroka semua laluan di negara ini.

“Saya optimis dengan sasaran itu bersandarkan pencapaian Sani Express ketika ini. Malah sehingga hari ini pelaburan yang dibuat untuk pelbagai keperluan, antaranya membeli bas baru dan bangunan Wisma Dato’ Sani, mencecah RM50 juta,” katanya.

Sani berkata, wisma berkenaan bukan sekadar menjadi pusat pentadbiran syarikat, tetapi pertemuan kakitangan pelbagai peringkat.

“Saya memilih lokasi wisma itu yang terletak di Klang Sentral kerana ia perhentian terakhir untuk bas Sani Express. Di situ saya berpeluang bertemu semua kakitangan dan membantu saya mengetahui dan menyelesaikan sebarang permasalahan yang timbul,” katanya.

Wisma yang turut dilengkapi pusat latihan itu membantu Sani United Sdn Bhd memiliki kakitangan yang dapat melaksanakan tugas dengan efisien.

“Saya turut mengutamakan latihan kepada pemandu bas supaya semua pemandu bas Sani Express membabitkan pemandu berhemah. Pemandu bas sangat penting kerana mereka membawa ‘nyawa’.

“Ia juga sebagai satu keyakinan kepada pelanggan bahawa Sani Express bukan saja mengutamakan keselesaan tetapi juga sangat mengutamakan keselamatan pelanggannya,” katanya.

KONVENSYEN KEWANGAN DAN PERBANKAN ISLAM 2010

TARIKH
13 MAC 2010 / 27 Rabiul Awwal 1431H    (Sabtu)

TEMPAT
Masjid Sultan salahuddin Abdul Aziz Shah,    Masjid Negeri Selangor

ANJURAN
Persatuan Ulama Malaysia Cawangan Selangor (PUMSEL)
kerjasama
Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS)
Dan
Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (MSSAAS)

PENGENALAN

Mutakhir ini, masyarakat Islam khususnya di Malaysia seringkali terdedah dengan isu-isu semasa berkaitan kewangan dan perbankan contohnya pelaburan melalui internet, perniagaan MLM dan forex, insurans konvensional, kontrak pinjaman berasaskan faedah, amanah saham dan sebagainya. Kesemua isu yang berlegar ini sememangnya berinteraksi terus dalam kehidupan seharian masyarakat Islam dan mempunyai implikasi hukum. Ditambah pula dengan lambakan produk- produk kewangan dan perbankan melalui instrumen yang pelbagai di pasaran, masyarakat Islam adakalanya dilihat kurang sensitif untuk membuat penilaian kepada produk- produk tersebut khususnya berkaitan aspek hukum syariah.

Justeru, Persatuan Ulama’ Malaysia Cawangan Selangor (PUMSEL) tampil memberikan penjelasan hukum berkaitan isu- isu semasa kewangan Islam melalui wahana SISMIM ‘1O sebagai platform memberikan kefahaman berkaitan asas- asas muamalat Islam. Dengan memilih beberapa isu kewangan dan perbankan terpilih, Seminar sehari ini akan memberikan penerangan dan penjelasan berteraskan teks al- quran, al- sunnah dan pendapat fuqaha’ silam dan semasa yang akhirnya akan memberikan kefahaman yang jitu kepada masyarakat Islam.

OBJEKTIF

a. Memberikan pendedahan kepada masyarakat berkaitan isu- isu perbankan dan kewangan yang mempunyai hubungkait dengan muamalat Islam.
b. Menyuntik kefahaman yang mapan serta penyelesaian syariah terhadap isu- isu semasa perbankan dan kewangan Islam.
c. Menyemarakkan budaya keilmuan dalam kehidupan masyarakat khususnya dikalangan umat Islam.
d. Memberikan pendedahan berkaitan konsep dan operasi pelaksanaan sistem kewangan dan perbankan Islam kepada masyarakat bukan Islam.

PENYERTAAN

Seminar menjemput penyertaan dari para ulama’, intelektual, pegawai-pegawai agama, penyelidikan, pertubuhan-pertubuhan gerakan Islam dan badan-badan NGO, agensi-agensi kerajaan, wakil institusi-institusi pengajian tinggi awam dan swasta, serta orang perseorangan.

PEMBENTANGAN KERTAS KERJA

13 Mac 2010 (Sabtu)


08:00 pagi Pendaftaran peserta
08:30 pagi Ucapan Aluan dan Perasmian

09:00 pagi SIDANG 1

Kertas 1: Senario Sistem Kewangan dan Perbankan Islam: Isu- Isu dan Cabaran Semasa
Oleh : Prof. Madya Dr. Mohamad Akram bin Laldin
Pengarah Eksekutif International Shariah Research Academy (ISRA), Bank Negara Malaysia

Kertas 2: Sistem Kewangan Islam; Satu Kajian Persepsi Dikalangan Masyarakat Bukan Islam di Malaysia
Oleh : Prof. Dr. Bala Shanmugam
University Monash Kampus Bandar Sunway, Selangor

Kertas 3: Isu-isu Perundangan Dalam Kewangan Islam : Cabaran dan Harapan Kepada Institusi Kehakiman Syariah
Oleh : YA. Dato’ Haji Muhammad Asri bin Abdullah
Hakim Mahkamah Syariah, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia

10:30 pagi Rehat dan Minum pagi

10.45 pagi SIDANG 2

Kertas 4: Faedah Perbankan Konvensional dan Keuntungan dalam Perbankan Islam: Sorotan Fiqh Perbandingan
Oleh : Prof. Madya Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki
Ketua Jabatan Penyelidikan, International Shariah Research Academy (ISRA), Bank Negara Malaysia

Kertas 5: Insurans dan Takaful; Suatu Perbandingan dan Perbahasan Hukum
Oleh : YBhg. Dato’ Haji Mokhtar bin Shafie
Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor/ Pengerusi Penasihat Syariah Takaful IKHLAS Sdn. Bhd.

Kertas 6: Produk Kad Kredit Islam dan Aplikasinya di Perbankan Islam
Oleh : Dr. Azman bin Mohd. Noor
Jabatan Fiqh dan Usul, Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Warisan Islam, UIAM /Ahli Penasihat Syariah, Bank Al- Rajhi (Malaysia) dan MNRB Re- Takaful Berhad

2:00 petang SIDANG 3

Kertas 7: Forex Trading dan Leverage: Konsep, Aplikasi dan Penilaian Melalui Kerangka Hukum
Oleh : Tuan Haji Mohd. Zamerey bin Abdul Razak
Ketua Jabatan Syariah, Asian Finance Bank

Kertas 8: Perniagaan MLM Dalam Perspektif Fiqh Islami
Oleh : Ustaz Haji Zaharuddin bin Muhammad
Ahli Penasihat Syariah, HSBC Amanah Takaful

Kertas 9: Saham dan Ekuiti Dalam Sistem Kewangan Islam
Oleh : Dr. Rusni Hassan
Kuliyyah Undang- Undang, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

5.30 petang Minum petang/ Bersurai

MAKLUMAT DAN PENDAFTARAN

Konvensyen ini akan dilangsungkan bermula pendaftaran dari jam 8.00 pagi dan berakhir 5.00 petang.

Yuran Penyertaan :
Agensi Kerajaan dan Swasta = RM 150
Individu/ Perseorangan = RM 50
Pelajar Ijazah Pertama/ Menengah = RM 30

Pendaftaran Penyertaan :
Untuk penyertaan seminar, sila buat pendaftaran sebelum atau pada 10 Mac 2010 dengan menghubungi:

i. Sdra. Mohd Azmi - 013- 384 0710
ii. Puan Siti Aishah - 013- 212 7814
iii. Encik Khairul Nizam - 012- 291 1335

Faks : 03-7955 4300
Email : pumpusat@yahoo.com

SUMBER DARI : Blog : http://www.ulamadaily.blogspot.com




7 Prinsip Kejayaan dan Kekayaan

Berikut adalah 7 prinsip kejayaan dan kekayaan yang saya dapat huraikan dari apa yang pelajari semasa menghadiri SKPD pada bulan lalu.

1. Beri 100% komitmen

Didalam melakukan sesuatu perkara komitmen adalah amat penting. Komitmen ini ada tahapnya seumpama kita menggenggam tangan. Cuba anda genggam tangan sekali. Seterusnya cuba anda genggam lebih kuat lagi. Genggam tangan ini umpama komitmen anda. Apabila anda gengam sekali mungkin komitmen anda 60%, bila anda genggam lebih kuat lagi maka ia mungkin meningkat ke 70% dan lagi anda genggam kuat ia akan meningkat lagi ke 90% dan akhir sekali sehingga tahap 100%.

2. Bagaimana anda melakukan sesuatu perkara, sebagaimana anda melakukan semua perkara

Ini menunjukkan sifat semulajadi kita. Jika kita merupakan orang yang stylenya berhati-hati atau terlalu cerewet, maka sifat ini akan terbawa-bawa / berlaku kepada semua apa tindak-tanduk kita. Tetapi jika seseorang itu aktif dan positif , maka sifat ini akan terbawa-bawa kedalam tindak tanduknya yang lain. Oleh itu anda mesti meng”set”kan kepada perkara yang positif didalam hidup anda.

3. Tindakan (Power of Action kena meningkat )

Tindakan merupakan perkara yang paling penting dalam mencapai kejayaan. Apabila kita mendapat sesuatu peluang atau idea, jika kita tidak memulakan atau melakukan sesuatu tindakan, adakah kita akan mendapatkan hasilnya.

4. Sekarang atau tidak selamanya ( Is Now or Never )

Kadang-kala peluang datang tidak selalu. Apabila anda mendapat sesuatu peluang anda peru bertindak untuk merebutnya dan jika tidak, mungkin anda tidak akan mendapat peluang ini dilain kali.

5. Buang perkataan ini di dalam hidup anda. “AKU DAH TAHU”

Jika anda mendapat sesuatu informasi yang mana anda sudah tahu atau belum, cuba hindarkan dari mengatakan perkataan ini. Apabila anda mengatakan perkataan ini, ada seolah-olah membina satu blok didepan anda dan menghantar signal kepada minda anda supaya tidak menerima informasi ini. Mungkin informasi ini adalah upgrade daripada infomasi yang anda telah ketahui atau sekadar peringatan / refresh.

6.Nak tahap kewangan tinggi, Ilmu perlu ditingkatkan.

Ilmu suatu perkara yang perlu dipelajari setiap masa. Dengan ilmu yang kita pelajari kita akan mendapat sesuatu informasi yang baru dan upgrade, seterusnya apabila kita mengekplotasikan didalam pekerjaan kita ia akan meningkatkan lagi kejayaan kita.

7. Allah tidak akan merubah nasib kita, jika kita sendiri tidak merubahnya.

Ini adalah perkara yang paling amat penting. Memang tidak dinafikan kita semua bukannya sempurna tetapi jika kita tahu akan kekurangan kita dan kita perlu berubah maka ambillah tindak untuk berubah. Berubah dari yang tidak baik kepada baik, dari baik kepada yang lebih baik, atau daripada yang lebih baik kepada amat baik.

Itulah antara prinsip-prinsip untuk mencapai kejayaan dan kekayaan. Mungkin anda mengetahui banyak lagi prinsip-prinsip untuk mencapai kejayaan dan kekayaan. Anda  boleh kongsikan pandangan anda disini.

Kisah Kejayaan : Tan Sri Azman Hashim

Tan Sri Azman Hashim adalah Pengerusi Kumpulan AmBank.

Usahawan Perbankan Elektronik (AmBank)

Latar Belakang

Tan Sri Azman Hashim dilahirkan pada Julai 1939 di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Beliau adalah anak kepada seorang guru. Beliau adalah akauntan berkanun yang terlatih. Beliau memulakan kerjayanya sebagai akauntan berkanun pada tahun 1955 di Messrs. OL Haines & Co. Australia.

Kerjaya dalam bidang perbankan
Beliau berpengalaman luas dalam industri perbankan dan mula terlibat dalam sektor perbankan sejak 1960 apabila beliau kembali dari Australia sebagai akauntan berkanun. Tan Sri Azman memulakan kerjayanya dalam sektor perbankan di Bank Negara Malaysia.

Selepas beberapa tahun bekerja di Bank Negara Malaysia, Tan Sri Azman meletakkan jawatan pada tahun 1964 bagi memulakan firma perakaunannya sendiri, iaitu Azman, Wong, Salleh & Co. Dua tahun kemudian, beliau menjadi Pengarah Malayan Banking Berhad (Maybank) dan dilantik sebagai Pengarah Eksekutif Maybank dari tahun 1971 hingga 1980.

Seterusnya, Tan Sri Azman dilantik sebagai Pengerusi Eksekutif Kwong Yik Bank yang kini dikenali sebagai RHB Bank Berhad selama dua tahun, dari tahun 1980 hingga 1982. Pada tahun 1982, beliau membeli Arab – Malaysian Merchant Bank yang kini dikenali sebagai AmBank dari usahawan Arab, iaitu Hussain Najadi. Hussain mengasaskan bank itu pada tahun 1975 bagi membawa masuk pelaburan dari negara – negara Arab ke Malaysia. Selepas pembelian itu, Tan Sri Azman dilantik sebagai pengerusinya.

Kepentingan dalam syarikat lain
Selain memegang 42% kepentingan dalam syarikat induk Kumpulan AmBank, iaitu Arab – Malaysian Corporation Berhad (AMC), beliau juga mengawal beberapa syarikat seperti AMMB Holding Berhad (AHB), Arab – Malaysian Finance Berhad yang kini dikenali sebagai AmFinance, Arab Malaysian Development Berhad, Saouth Peninsular Industries Berhad, Redifussion Berhad, Hotel Equatorial dengan 30% kepentingan, dan anak syarikat Johnson & Johnson di Malaysia dengan 30% kepentingan.

Kejayaan
Banyak bank yang terjejas akibat krisis itu. Tetapi, lain pula dengan Tan Sri Azman. Selepas krisis ekonomi asia 1997 / 98, Tan Sri Azman bukan sahaja berjaya mengekalkan kedudukannya dalam Kumpulan Perbankan AmBank, malah berjaya menambahkan lagi penguasaannya dalam industri perbankan dengan penggabungan MBF Finance dengan anak syarikat Kumpulan Perbankan AmBank, iaitu Arab – Malaysian Finance Berhad.

Pengiktirafan
Tan Sri Azman pernah dan sedang memegang banyak jawatan lain. Anataranya adalah Ahli Lembaga Pengarah Sistem Penerbangan Malaysia Berhad (MAS), Pengerusi Persatuan Bank Saudagar di Malaysia, Pengerusi Institut Sistem Mikroelektronik Malaysia Berhad (MIMOS) dan Pengerusi Perbadanan Produktiviti Nasional dan banyak lagi.

Anugerah
Tan Sri Azman pernah menerima banyak anugerah. Antaranya ialah anugerah Doktor Kehormat oleh Universiti Utara Malaysia pada tahun 1990. Pada tahun 1985, Tan Sri Azman dinamakan sebagai Pengurus Bank Terbaik Asia oleh majalah Asian Finance.

Pada tahun 1993, beliau dinamakan sebagai Usahawan ASEAN Tahun 1993 oleh Forum Perniagaan ASEAN. Pada tahun 1995 pula, beliau dinamakan sebagai Pengurus Terbaik Tahun 1995 oleh Kelab Alumni Harvard Business School.

Sumbangan
Sebagai Pengerusi Perbadanan Produktiviti Nasional, Tan Sri Azman memainkan peranan penting dalam menggalakkan produktiviti di Malaysia dan menjadikannya sebagai salah satu komponen yang relevan dan penting dalam proses pembangunan negara.

Kejayaan membangunkan produktivtii ini dicapai melalui keyakinannya bahawa produktiviti perlu dirangka sehingga dapat diuruskan dan diukur. Dibawah kepimpinan belaiu, Perbadanan Produktiviti Nasional berjaya membangunkan metodologi pengukuran produktiviti di peringkart kebangsaan dan subsektor.

Sejak tahun 1994, Perbadanan Produktiviti Nasional menerbitkan laporan tahunan produktiviti yang menganalisis prestasi produktiviti di peringkat kebangsaan, dan subsektor. Laporan tahunan itu dapat diakses melalui Pangkalan data Rangkaian Tanda Aras Dalam Talian (BOND), iaitu pangkalan data amalan terbaik dan petunjuk prestasi cemerlang. Melalui Perbadanan Produktiviti Nasional juga, Tan Sri Azman banyak menyumbang kepada pergerakkan produktiviti di rantau Asia dan Pasifik.

SUMBER DARI : http://kujm.blogspot.com/2008/08/tan-sri-azman-hashim.html

Workshop Asas Kewangan – Azha Syazri Azizan

Pada 23/1/10, saya telah menghadiri satu Workshop Asas Kewangan. Workshop ini dikendalikan oleh Saudara Azha Syazri Azizan (AFPM) daripada SimpanDuit Consulting.

Banyak yang saya pelajari daripada workshop ini. Walaupun ia adalah asas, ia amat bermakna kepada saya bagi menambah ilmu pengetahuan dan juga sebagai ‘refreshment” kepada saya.

Berikut adalah kesimpulan daripada apa yang saya pelajari dari Workshop Asas Kewangan ini;

  1. Perancangan kewangan amat penting supaya segala urusan kehidupan lebih teratur. Dengan itu ia akan mewujudkan suasana yang harmoni dikalangan ahli keluarga serta dapat mengelak daripada masalah atau bencana kewangan.
  2. Perancangan kewangan perlu dibuat sepanjang masa
  3. Masa depan kita akan ditentukan oleh Bagaimana kita menguruskan wang kita dari sekarang.
  4. Jika kita hendak kekalkan taraf hidup kita, kenaikan pendapatan kita mestilah sama atau lebih daripada kadar kenaikan harga barang inflasi(jadi pendapatan kena up setiap tahun atleast 5-20%)
  5. Perancangan kewangan mestilah BERMULA dengan menyemak kedudukan kewangan anda. ( Edisi Bedah Siasat).
  6. Kita mestilah mempunyai Financial Back-up (sokongan kewangan) sebagai persediaan bila kita menghadapi bencana kewangan.
  7. Kepentingan insuran – life insuran, Medical card dan insuran+tabungan.
  8. Kepentingan menyimpan/ menabung dan caranya.
  9. Perbezaan antara masalah kewangan dan bencana kewangan dan contoh-contohnya.
  10. Bagaimana cara menyediakan pendapatan yang berterusan
  11. Bagaimana cara memperbaiki keadaan kewangan
  12. Persediaan untuk masa depan
  13. Merancang tabung persaraan

Dan banyak lagi..

Jika anda berminat untuk menghadiri seminar ini anda boleh lawati http://www.simpanduit.com untuk mengetahui jadual seminar berikutnya.

Dan yang amat mengejutkan ialah saya bertemu seorang IM dan juga penulis ebook tentang kewangan dan sekarang ebook beliau sedang dilancarkan. Walaupun saya mengenali beliau sebelum ini hanya melalui gambar dan juga internet, tetapi bila bertemu secara bersemuka ia amat berbeza sehingga saya hampir tidak mengenali beliau. Nak tahu siapakah orangnya, anda boleh KLIK DISINI.

Berikut adalah gambar-gambar ketika seminar

Bersama Saudara Azha Syazri dan rakan-rakan

Bersama Saudara Azha Syazri dan rakan-rakan

Saya dan Saudara Azha Syazri

Saya dan Saudara Azha Syazri

Kenal anda siapa bersamaku ini, mungkin ada yang kenal, Kalau nak kenal KLIK pada gambar ini

Kenal anda siapa bersamaku ini, mungkin ada yang kenal, Kalau nak kenal KLIK pada gambar ini

Perlukah kita buat azam baru setiap tahun?

 

Hari ini telah masuk hari ke 3 ditahun baru 2010. Seperti biasa orang akan ucapkan Selamat tahun Baru dan membuat AZAM baru.

Tetapi semalam saya ada menerima email dari seorang subscriber saya iaitu Rosn, yang memberi pendapatnya tentang azam di tahun. Pendapatnya agak lain dari kebiasaan kita dengar. Berikut adalah email beliau kepada saya;

 

salam…

rasanya agak leceh ditahun baru ni …..

zaman dah berubah,teknologi dah semakin canggih…

tapi ayat yg sama di perdengarkan setiap awal tahun…

rasanya dah kurang sesuai lagi utk di persoalkan tentang azam lagi

setiap kali tiba tahun baru..

bagi saya azam dizaman serba canggih ni dah menjadi automatik dah..

dunia dan masa menjadi semakin canggih dan manusia juga bergerak kearah tu..

jadi selari dgn itu maka setiap orang atas dunia ni dah secara automatik terpaksa

meperbaharui azam atau ketinggalan spr gajet2 hanphone dan kmputer..

jadi secara automatiknya sesiapa saja yg hidup di zaman ini

tidak perlukan azam lagi tapi terpaksa selari dgn zaman dan masa..

jadi secara tak langsungnya, samada seseorang ada azam atau tidak,

terpaksa bergerak selari dengan peredaran masa..jika tak…

jadilah seperti gajet2 handset atau komputer lama..

moga di tahun depan orang akan lebih sensetif dgn keadaan dan tidak

lagi berbicara tentang azam spr zaman mundur dulu lagi…

dimasa mundur memang azam diperlukan uytk berjaya tp

dizaman maju azam tidak diperlukan lagi tp perlu bergerak selari dgn masa

dan keadaan agar tidak ketinggalan zaman…

apa pandangan anda…

 

 

Apa pendapat anda dengan pandangan Rosn ini? Saya harap rakan-rakan dapat memberi pandangan tentang pendapat beliau.

 

Jika di tanya kepada saya, Azam ini umpama kita berjanji kepada diri kita sendiri untuk sesuatu yang baik samada untuk meningkatkan kualiti hidup kita atau pun kepuasan kita. Tidak kita samada ia kecil atau besarnya azam tersebut. Umpama , berazam untuk tinggal tabiat merokok, untuk berkahwin, membeli emak/ayah sebuah handphone dan banyak lagi.

Azam ini seperti satu “niat” untuk mencapai sesuatu tapi jangan pula bernazar nanti wajib ditunaikan pulak. Digalakkan memberitahu orang azam kita supaya kita seperti telah mengikrarkan kepada mereka akan sesuatu yang kita akan buat. Disini seolah-olah kita telah terikat dengan satu perjanjian yang tak rasmi dan akan membuat kita teringat-ingat dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapainya. Sebagai contoh, Jika anda seorang perokok dan anda telah berazam untuk berhenti merokok pada tahun ini dan anda telah war-warkan pada sanak saudara dan rakan taulan. Jadi dengan itu anda akan lebih terasa bertanggungjawab dengan ikrar dan janji anda dan dengan sendiri akan rasa malu apabila cuba hendak merokok dan rakan-rakan perokok anda juga akan lebih dan kena menghormati pendirian anda. Mereka semua seperti menjadi  pemantau akan janji anda.  

 ”Itu pendapat saya, bagaimana pendapat anda semua pula?”

Setiap orang mempunyai pandangan masing-masing tentang azam ini, dan terpulang kepada anda untuk mentafsirkannya.

SELAMAT TAHUN BARU 2010

 new-year-2010-header-banners-with-sequins

Kita telah meninggalkan tahun 2009 dan kita kini telah berada dalam

tahun baru iaitu tahun 2010.

 Selalunya yang ditanya oleh orang ialah :

“Selamat Tahun Baru! Apa azam awak, tahun baru ni?

Sebenarnya, saya pun ingin tanya soalan yang sama pada anda

“Apa azam anda tahun baru ni ?”

Macam mana azam tahun lepas dah capai ke belum?.

Kalau anda dah capai azam tahun tahniah saya ucapkan.

Jika masih tidak dapat capai, jangan putus asa. Set kan semula azam

tersebut dan cuba buat lagi untuk  tahun 2010 ni. Berikan fokus dan

tumpuan yang penuh sepanjang tahun 2010 bagi mencapai azam baru anda.

 Yang pasti semua orang mempunyai azam masing-masing pada tahun

baru ini dan setiap dari kita berhak mempunyai azam bagi mencipta kejayaan

masing-masing. Azam ini ialah kita berjanji kepada diri sendiri

untuk mencapai apa yang kita hajatkan.

 

Persoalannya, Adakah kita sudah bersedia?new_year_2010

Saya ingin berkongsi satu formula kejayaan yang diberikan oleh saudara

Labanon & Zhafran, dari Team FlareBiz dengan anda, Katanya:

 

Formulanya ialah: M + T + T = K

M: Mewakili Mindset.

Anda perlu memiliki mindset sepertimana orang
yang berjaya barulah anda akan berjaya. Percaya atau tidak, mindset
orang biasa adalah lain dengan mindset seorang jutawan. Untuk
memiliki mindset sebagai orang yang berjaya, anda perlu banyak
membaca buku berkaitan orang yang berjaya.

T: Mewakili TIndakan.

Mindset yang bagus sahaja tidak akan menjamin
kejayaan anda tanpa disusuli dengan tindakan yang konsisten. Anda
juga perlu bertindak menuju cita-cita dan matlamat yang telah anda
tetapkan.  Bertepatan lah dengan satu kata-kata Inggeris yang berbunyi:

“Knowing is not enough; we must apply. Willing is not enough; we
must do.”

T: T yang kedua pula mewakili Tawakal.

Bagi yang beragama Islam pula, untuk berjaya kita juga perlu bertawakal

setelah berusaha bersungguh-sungguh kerana hanya Dia yang mengetahui

apa yang terbaik untuk diri kita.

K: Mewakili Kejayaan.

Hasil bagi formula M + T + T adalah kejayaan yang bakal anda kecapi.
Kita perlu memiliki mindset sepertimana orang yang telah berjaya barulah

kita akan berjaya, jadi kita perlu banyak membaca buku berkaitan orang yang berjaya.

 

 

Sama-samalah kita jayakan azam baru kita. Insyallah.

 kalendar2010

Awas!!! Guna komputer Untuk Merompak

 

Baru-baru ini saya ada menerima email dari seorang rakan yang menceritakan bagaimana “Perompak” menggunakan teknologi IT sekarang untuk memperdayakan mangsa mereka . Bacalah cerita beliau dibawah ini;

 

Minggu lepas seorang sahabat saya di Seremban dirompak RM 7500 melalui penipuan perbankan internet oleh perompak yang menggunakan komputer sebagai senjata.

Pada mulanya dia dihubungi melalui telefon mengatakan dia ada menggunakan kad kredit yang dia tidak pernah pohon dan perlu dibuat tindakan segera untuk mengelakkan tindakan undang-undang. Dia diyakinkan kemudian dengan panggilan dengan nombor dari Bank Negara. Dia menalipon semula nombor Bank Negara tersebut dan mendapati ianya dijawab oleh operator elektronik Bank Negara.

Apabila dia yakin nombor tersebut memang nombor Bank Negara dia menghubungi semula pemanggil pertama yang menggunakan talian talipon bimbit. Pemanggil pertama tadi mengarahkannya pergi ke ATM dan mengikut arahan.

Setelah mengikuti beberapa arahan dalam sekelip mata wangnya dalam akaun AmBank dirompak RM 7500 melalui perbankan internet. Dia nampak pada skrin ATM wangnya dipindahkan ke akaun seseorang.

Setelah disedari ditipu dan dirompak. Dia terus membuat laporan polis dan menyekat akaunnya di bank.

Dua minggu lepas pula ayah saya di Rembau hampir menjadi mangsa serupa. Cuma modus operandinya lain sedikit. Ayah menerima SMS mengatakan dia mendapat hadiah RM 17,000.00 , untuk mendapatkan hadiah tersebut dia perlu pergi ke ATM BSN dan mengikut arahan. Seperti sahabat saya diatas, caranya sama. Mujur akauan dalam akaun pada ketika itu tak sampai RM 20. Pemanggil minta ayah masukkan RM 2000 , tetapi ayah tidak berbuat demikian.

Kemudian ayah membuat laporan polis di Balai Polis Rembau dan menyekat akaun di bank. Menurut polis memang banyak berlaku kes rompakan perbankan internet sekarang ini. Semua golongan terpengaruh dengan penipuan secara ganjaran dan ugutan.

Mereka yang menerima panggilan seperti ini kalau tak tahu nak layan, letak sahaja talipon. Atau minta mereka poskan sahaja saman dan hadiah ke rumah. Jangan berikan butir peribadi seperti No MyKad, Alamat Rumah , Nama Penuh dan sebagainya.

PERSOALANNYA IALAH ?

1. Kenapa nombor telefon Bank Negara begitu mudah di godam ?
2. Kenapa butir peribadi seseorang mudah diperolehi oleh perompak internet ini ?
3. Kenapa sistem perbankan internet di Mala ysia ini begitu tidak selamat ?
4. Haruskah perbankan internet di Mala ysia ini dihapuskan memandangkan begitu ramai mangsa tertipu ?
5. Apa tindakan Bank Negara dan kerajaan untuk membendung kegiatan ini ?
6. Wang dirompak itu akan dimasukkan ke akaun seseorang. Apakah pihak bank tidak dapat memberi maklumat kepada mangsa atau polis siapa pemilik akaun yang wang dirompak itu dipindahkan ke akaun siapa ? 

APA KOMEN ANDA?…..