YusopRejab.Com
Merebut Peluang Yang Ada
Merebut Peluang Yang Ada
May 29th
Skim pinjaman ASB sudah lama ada dalam pasaran yang ditawarkan oleh bank-bank tempatan. Baru-baru ni RHB Bank dengan cawangannya iaitu Easy by RHB, telah menawarkan produk Skim Pinjaman Easy-ASB dengan bayaran bulanan yang rendah selama 5 tahun pertama.
Dengan urusan pinjaman yang pantas (online semuanya). Anda hanya perlu membawa kad pengenalan dan buku ASB. Tanpa slip gaji pinjaman mudah lulus asalkan anda mampu buat bayaran balik bulanan selama setahun. Tetapi anda mesti memastikan yang anda tidak “black list” dan Cip Kad pengenalan boleh dibaca, jika tidak boleh dibaca maka anda kena buat kad pengenalan baru.
Jumlah pinjaman yang diberikan dari RM10,000 sehingga RM100,000 bergantung kepada jumlah gaji anda setelah ditolak oleh lain-lain tanggungan. Ini semua akan dikira secara automatic oleh komputer secara online setelah anda memberitahu jumlah gaji bulanan anda
Untuk maklumat lanjut sila download artikel dibawah ini
Dec 24th
Kenapa kita termakan pujuk rayu iklan?
Kenapa kita tertarik untuk membeli produk yang diiklankan?
Kenapa walaupun kita sedar akan bahana kesan iklan tapi kita masih tertewas?
Kenapa kita mengikut kata-kata iklan?
Kenapa iklan membuat kita terasa seperti kekurangan?
Jawapannya: Ini kerana kita manusia makhluk yang komplek yang mana kita boleh memanipulasi dan dimanipulasi. Para pengiklan telah melakukan kajian dan penyelidikan terperinci dengan menyiasat psikologi pembeli untuk mencari kelemahan pembeli. Apabila mereka telah dapat apa kelemahan tersebut maka serangan iklan bertalu-talu akan datang untuk memastikan kita sebagai pengguna kan membeli produk mereka.
Pengiklan akan mencari jalan untuk memastikan pengguna membeli produk mereka walaupun mereka tahu tak semua orang nakkan produk mereka. Pelbagai kajian dibuat dan hasilnya menyatakan bahawa “orang ramai membeli produk yang mereka mahu sebelum mereka membeli produk yang sebenarnya mereka perlukan“.
Jadi, supaya pengguna mahu produk mereka, maka pengiklan mengkaji gaya hidup pengguna seterusnyanya menghidangkan sesuatu yang boleh menarik pengguna kepada iklan mereka. Dengan menggunakan strategi pujukan dan teknik yang tersembunyi membuat seolah-olah produk mereka adalah “keperluan kita”. Kadang-kadang terjadi kita membeli sesuatu produk sedangkan kita tidak perlu sangat pun kerana telah termakan pujuk dan gesaan iklan. Proses pemujukan ini berlaku apabila kita melihat kandungan mesej iklan dan akal kita memikirkannya kerana tertarik dengan iklan tersebut.
Para pengiklan ini cuba menguasai minda kita, maka seterusnya mereka akan menguasai pasaran. Perkongsian minda = perkongsian pasaran. Teknik yang mereka sering gunakan ialah Pujukan Psikologi @ Saiko.
Dibawah ini saya berikan contoh-contoh Pujukan Psikologi tersebut;
1. Pujukan akal.
Menurut kajian, keputusan untuk membeli sesuatu dibuat oleh otak kanan dan otak kiri. Otak kanan juga berkaitan dengan emosi, kreativiti, motivasi, dan daya ingatan jangka panjang. Otak kiri pula berkaitan logik, bahasa dan pertimbangan. Disini apabila kita tengok sesuatu barang otak kanan kita akan bagi signal dimana emosi kita mengarah pilihan. Kemudian otak kiri akan mempertimbangkan kewajaran/ rasianol untuk membeli produk tersebut.
2. Pujukan melalui Bunyi
Dengan menggunakan sesuatu muzik sebagai kesan bunyi atau muzik latar, kita dapat meneka keadaan atau tujuan iklan. Contohnya irama orang sedang bercakap dan ketawa menceritakan sausana ceria dan kicauan burung dan cicipan serangga yang lembut menggambarkan sausan nyaman. Dengan menggunakan muzik juga, pengiklan akan memberikan seperti satu ‘Trade mark” kepada iklan mereka. Dengan hanya mendengar muzik berkenaan kita dapat tahu iklan apa yang sedang dimainkan.
3. Pujukan melalui pandangan
Pandangan boleh beri seribu makna.Tarikan pandangan boleh menunjukkan secara cepat dan tepat apa yang dilihat. Maka pengiklan menggunakan pandangan ini untuk mempengaruhi pengguna walaupun dengan sekali pandang saja kita mungkin telah tertarik dan akan memandang untuk kali kedua dan seterusnya melekat disitu dan akhirnya menjadi pembeli.
4. Pengaruh warna
Warna dan grafik adalah daya penarik untuk pengguna membaca sesuatu iklan. Malah kesan warna adalah lebih penting dari perkataan. Ia merupakan 60% penerimaan atau penolakan sesuatu produk atau pekhidmatan. Warna kuning adalah warna yang pertama diproses oleh mata. Warna jingga sesuai untuk kedai dan produk vitamin kerana ia boleh nampak mahal. Hijau untuk produk yang lebih meyakinkan atau selamat. Warna hitam lebih kepada beri maklumat dan warna putih melambangkanketulenan,kebersihan dan kesegaran. Warna ungu pula memberi sausana canggih kreatif, mewah dan kaya.
5. Mempergunakan nafsu kita
Nafsu manusia tidak pernah puas, ingin dan ingin yang terbaik. Faktor ini yang membuat kita mempunyai keinginan yang lebih untuk mendapatkan sesuatu.
6. Penerimaan daya ingatan
Kajian menunjukkan bahawa selepas menonton 16 iklan dalam masa sejam, penonton hanya boleh ingat 3 atau 4 sahaja. Oleh itu pengiklan menggunakan jenama untuk meninggalkan kesan yang lebih mudah diingati disamping meletakkan elemen-elemen yang menyerlah seperti warna, gambar dan audio iklan yang menarik. Mana lebih mudah anda ingat iklan Coco-cola atau iklan air mineral?.
7. Lain orang, lain gaya
Pengiklan sedar faktor jantina,umur, pendidikan, kaum, pendapatan, pekerjaan, gaya hidup dan sebagainya, boleh mempengaruhi apa yang kita suka dan tertarik kepada iklan. Dengan menggunakan faktor ini pengiklan telah mempunyai target untuk disasarkan.
8. Menjual imej atau jenama
Ini yang paling seronok oleh pengiklan. Dengan menggunakan produk yang berjenama dan dikenali amat mudah untuk mempengaruhi seseorang pengguna. Mana yang kita mahu Ubat gigi Colgate atau ubat gigi yang tidak berjenama?.
9. Menggunakan model ternama
Kadang kala ini yang berlaku, beli barangan bukan kerana barang tersebut tapi sebab artis yang diminati memakainya. Biasanya pengiklan menggunakan model yang memang dikenali untuk menarik pembeli.
10. Menampilkan sesuatu yang berharga dan diingini
Contoh yang berharga dan dingini ialah kegembiraan, asmara dan seks.Semua orang mahu menjadi gembira dan yakin terhadap diri sendiri dalam melakukan sesuatu perkara. Contoh iklan minyak wangi menampilkan model yang cantik dan keriangan yan ditunjukan setelah memakai minyak wangi dan seterusnya diikuti oleh para jejaka. Akhirnya kita membelinya kerana ingin seperti itu,walaupun hakikatnya kita tahu minyak wangi tak boleh beri kegembiraan.
Kita lihat bagaimana iklan dapat mempengaruhi kita dengan pelbagai cara. Saya tak nafikan tidak semua iklan itu tidak baik untuk kita tetapi bagaimana kita menilai sesuatu iklan itu. Adakah iklan itu membantu kita atau sebaliknya, merugikan kita.
” Pengiklan adalah pentafsir mimpi kita…Senjata mereka adalah kelemahan kita iaitu bimbang, cita-cita, kesakitan, harga diri, kepentingan diri, keinginan dan kejahilan.”
BAGAIMANA? APA KOMEN ANDA
Dec 15th
Mendisplinkan diri dalam pengurusan kewangan adalah penting bagi mengelak dibelenggu masalah kewangan. Masalah kewangan ini dapat dikesan dengan tanda-tanda awal masalah.
Di bawah ini saya senaraikan tanda-tanda jika anda mempunyai masalah kewangan;
1. Hutang lebih tinggi daripada pendapatan
Ini yang paling ditakuti oleh ramai orang. Orang selalu kata “over bajet”. Kadang-kadang kita sendiri tahu bahawa kita dah over bajet tapi masih tidak mahu bertindak untuk memperbaikinya. Sebaik-baiknya biarlah hutang kita hanya 1/3 daripada gaji kita.
2. Hanya membayar bayaran minimum kad kredit
Selalunya iniyang berlaku. Sebab nak save bajet kita hanya bayar bayaran min kad kredit dan kita terpaksa menbayar caj faedah 1.5% sebulan dan lebih kurang 18% setahun.
3. Menggunakan kad kredit sehingga maksimun
Jika limit kad kredit anda semakin mendekati had maksimum, ini adalah amaran bahaya. Jika ini berlaku anda mungkin cuba mendapatkan kad kredit yang ke 2 , ke 3 dan seterusnya yang mana menyebabkan hutang kad kredit anda akan bertambah-tambah.
4. Menangguhkan pembayaran bil-bil bulanan
Bila bil-bil bulanan anda ada yang tak dibayar atau tertunggak dan seterusnya akan dikenakan penalti, dan ini akan menambahkan lagi bebanan kewangan anda.
5. Hutang yang banyak (keliling pinggang)
Hutang-hutang bertambah saban hari, bukan saja dengan bank tetapi telah melarat sehingga berhutang dengan sanak saudara dan rakan-rakan. Kadang-kadang ini akan mengundang tidak selesa atau kepercayaan mereka.
6. Bertengkar dengan pasangan anda pasal wang
Jika berlaku pertengkaran anda dengan pasangan anda berkaitan duit atau perbelanjaan keperluan, maka ini tanda anda mempunyai masalah kewangan. Jangan biarkan ini berlaku, kerana ia boleh menjadi kekeruhan di dalam rumahtangga termasuk boleh berlaku penceraian.
7. Tak boleh tidur malam
Jika pepatah mengatakan, “tidur tak lena, mandi tak basah” kerana kemaruk cinta tapi ,kalau anda juga tidak tidur lena kerana banyak hutang yang difikirkan, maka ini sama juga seperti pepatah diatas.
Jika anda mempunyai tanda-tanda seperti diatas, anda perlu segera mengambil tindakan. Salah satu caranya ialah dengan mendapat khidmat nasihat pakar/kaunselor kewangan.
Nov 21st

Rancangan Bijak Wang yang disiarkan setiap Sabtu jam 7.00 malam merupakan rancangan kewangan “favorites” saya. Rancangan ini telah mula disiarkan pada 23 Mei 2009. Program yang disiarkan secara langsung dari Studio B, Sri Pentas Bandar Utama diterbitkan oleh Primeworks Studios. Ia dihoskan oleh Nurin Mastura.
Rancangan Bijak Wang ini banyak membincangkan topik-topik berkaitan pengurusan kewangan peribadi. Ia menitikberatkan kemahiran mengurus kewangan peribadi yang mana harus ada pada setiap pengguna. Pengguna yang bijak dan peka terhadap perbelanjaan seharian akan mendapat manafaatnya, apatah lagi semasa kegawatan ekonomi yang sedang kita alami sekarang.
Kenapa saya sarankan anda menonton rancangan Bijak Wang ?
Oleh itu marilah bersama-sama kita menonton rancangan ini untuk mendapat info kewangan. ” kearah pengurusan kewangan yang berhemah”.
Nov 14th
Kita perlukan wang untuk menguruskan makan minum, tempat berteduh dan
pakaian samada untuk diri sendiri atau keluarga kita. Semua orang memerlukan wang untuk hidup. Kita juga perlukan wang untuk perkhidmatan seperti penjagaan kesihatan, penjagaan anak, pengangkutan, insuran dan pendidikan.
Kebanyakan benda yang ingin kita miliki samada keperluan atau kehendak memerlukan wang untuk urusan jual beli. Contohnya membeli kereta baru, makan di luar, pakaian berjenama, percutian dan lain-lain.
Tetapi ada orang mengatakan kita perlukan wang kerana ia menjadi anda penting dan menambah keyakinan diri serta menggembirakan kita.
Walaupun ada yang mengatakan bahawa wang adalah jawapan kepada segala penyelesaian masalah namun begitu ada juga yang mengatakan wang adalah punca segala kejahatan.
Mari kita lihat apa yang wang boleh buat dan tidak boleh buat :
” Wang boleh membelikan kedudukan, tetapi bukan penghormatan.”
” Wang boleh membeli sebuah rumah, tetapi bukan keselamatan.”
” Wang boleh membelikan anda buku, tetapi bukan ilmu pengetahuan.”
” Wang boleh membelikan anda ubat, tetapi bukan kesihatan.”
” Wang boleh membelikan anda insuran nyawa, tetapi bukan nyawa.”
” Wang boleh membeli sebuah jam, tetapi bukan masa.”
” Wang boleh membeli sebuah katil, tetapi bukan tidur.”
Lihatlah , Wang bukanlah segalanya!
Persoalan bukan berapa banyak wang yang kita miliki tetapi bagaimana kita menggunakannya atau membelanjanya. Perbelanjaan anda perlu mengikut nilai-nilai murni dan memerlukan perancangan serta latihan.
Ini kerana perancangan yang anda buat hari ini boleh mengubah masa depan anda. Apabila anda merancang hari ini ia juga merupakan perancangan seumur hidup.