YusopRejab.Com
Merebut Peluang Yang Ada
Merebut Peluang Yang Ada
Sep 3rd
Tanpa Disedari

11 bulan
banyak kata sudah diucapkan dan dilontarkan
tak semua menyejukkan,
…
11 bulan
banyak perilaku yang sudah dibuat dan diciptakan
tak semua menyenangkan,
11 bulan
banyak keluhan, kebencian dan kemarahan
saatnya istirahat dalam “perjalanan dunia”
saatnya membersihkan jiwa yang berjelaga,
saatnya menikmati indahnya kemurahanNya
saatnya memahami makna pensucian diri
Selamat menunaikan Ibadah Puasa
bersama kita leburkan kekhilafan,
Semoga dengan puasa mempertemukan kita
dengan Keagungan Lailatul Qadar
dan kita semua menjadi pilihanNya
untuk dikabulkan do’a – do’a
dan kembali menjadi fitrah
ANDAI INI RAMADHAN YANG TERAKHIR
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu. ..kepada- NYA Tuhan yang satu
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu solatmu kau kerjakan di awal waktu
solat yang dikerjakan.. .sungguh khusyuk lagi tawadhu’
tubuh dan qalbu…bersatu memperhamba diri
menghadap Rabbul Jalil… menangisi kecurangan janji
“innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil ‘alamin”
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]
Namun teman…
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha…bersedia …meminta belas-NYA
Wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu … namun tak pula aku sanggup ke Nerakamu …kami lah hamba yang mengharap belas darimu “ya allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami kedua ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia” Amin…..
Andai benar ini Ramadhan terakhir buat saya
Saya pohonkan kemaafan di atas segala kesilapan & dosa-dosa yang lalu. Semoga Ramadhan tahun ini akan menjadi ‘ibadah puasa YANG TERBAIK & YANG PALING IKHLAS yang pernah kita lakukan.
Semoga ‘ibadah puasa kita pada tahun ini juga akan diberkati & diterima oleh ALLAH s.w.t.. InsyaAllah.
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK
Mar 28th
Mencari kekayaan memang digalakkan dalam Islam. Rasulullah SAW sendiri walaupun bukan kaya harta benda, tetapi tidak pernah mengabaikan aspek mencari rezeki. Ketika remaja, baginda menjadi penternak dan penggembala kambing, sebelum menceburi bidang perniagaan. Hanya selepas diangkat sebagai Rasulullah, baginda lebih menumpukan usaha kepada dakwah.
Bagaimanapun orang berharta yang paling baik sudah tentulah daripada kalangan orang yang juga beramal dan berbuat kebaikan. Hal ini seperti ditegaskan Allah SWT dalam firmannya dalam surah al-Kahfi ayat 46 yang bermaksud, “Harta benda dan anak-pinak adalah perhiasan dunia dan amal-amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik disisi Tuhanmu sebagai pahala balasan dan lebih baik sebagai asas yang memberikan harapan.”
Umat Islam digalakkan menjadi umat yang kaya-raya, kerana dengan kekayaan itu mereka dapat melancarkan lagi amal ibadat dan melaksanakan tuntutan syarak. Menjadi miskin kadang kala dibimbangkan akan menjebakkan seseorang itu ke dalam kekufuran. Hal ini seperti sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan Abu Naim daripada Anas r.a. yang bermaksud, “Hampir-hampir kefakiran itu menjadi kufur.”
Menjadikan Harta Jambatan Ibadah
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnnya bagi setiap umat itu mempunyai ujian dan ujian bagi umatku adalah harta kekayaan.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi)
Harta kekayaan, kemewahan dan pangkat menyilaukan pandangan serta dapat mengubah pendirian seseorang. Islam melarang umatnya bersikap terlalu mementingkan kehidupan dunia dan mengutamakan kehidupan peribadi lebih daripada kepentingan masyarakat. Sedangkan pemberian atau nikmat-nikmat keduniaan itu sebenarnya adalah suatu bentuk ujian daripada Allah SWT untuk mengukur sama ada manusia menghargainya dengan bersyukur atau tenggelam dalam kelekaan hingga menjadi kufur terhadap Allah SWT.
Oleh itu setiap individu perlu berwaspada agar tidak menjadikan harta kekayaan sebagai alasan untuk melupakan perintah dan suruhan Allah SWT sebaliknya menjadikan nikmat-nikmat tersebut sebagai faktor pendorong untuk melakukan kebajikan dan amal soleh yang dituntut dengan ikhlas bersungguh-sungguh kerana golongan seperti ini bukan sahaja akan beruntung di dunia bahkan mendapat ganjaran besar yang di akhirat kelak.
Dalam Islam, kekayaan mestilah diperoleh dengan cara halal dan matlamatnya juga harus betul iaitu untuk melaksanakan tuntutan syarak. Apabila kaya, jangan lupa bersyukur, jangan berbelanja boros atau jangan terlalu kedekut. Bersyukurlah dengan kekayaan itu kerana dalam setiap kekayaan yang kita perolehi sebenarnya ada hak yang perlu ditunaikan.
Renung-renungkan!
SUMBER :http://laman-seri.blogspot.com/2010/03/syukur-menambah-kekayaan.html
Dec 6th
Pernahkah anda didatangi oleh seorang kanak-kanak, pelajar atau orang dewasa meminta derma untuk anak yatim ataupun untuk pembinaan sekolah agama atau tahfiz terutamanya di kawasan bank-bank. Begitu juga pengemis/peminta sedekah dan fakir miskin.
Kadang kala saya juga seronok dan sedih melihat gelagat
manusia yang dihampiri oleh golongan ini. Ada yang dengan senang hatinya menghulurkan derma dan telihat keriangan di muka penerimanya. Ohh tetapi, alangkah sedihnya bila melihat ada dikalangan manusia ini tidak menghiraukan atau mengelak dari dihampiri oleh golongan ini. Mereka tidak meminta banyak sekadar seikhlas hati. Namun begitu ada yang dengan muka yang nampak tidak berapa senang menjawab dengan kasar dan bertanya berbagai soalan seolah-olah seperti polis melakukan siasat.
Saya tidak tahu kenapa manusia-manusia ini merasakan berat untuk menghulurkan walaupun sedikit dan yang penting dengan seikhlas hati. Mungkin kerana mereka khuatir tersalah memberi dengan menganggap bahawa golongan ini menjadikan meminta-minta sebagai pekerjaannya, malas, dan macam-macam lagi.
Padahal sesungguhnya prasangka kita yang demikian adalah bisikan-bisikan syaitan yang tidak rela melihat kita berbuat baik (bersedekah). Janganlah kita memikirkan bahawa sedekah yang kita beri kepada golongan tadi tidak tepat sasaran, bukan lagi urusan kita, kerana sedekah hakikatnya adalah ladang amal bagi hamba-hamba Allah yang bertakwa. Cuba kita bayangkan andaikata tidak ada lagi orang-orang tersebut, kepada siapa lagi kita dapat beramal (bersedekah) ???
Jika masih ada dikalangan kita tidak suka memberi sedekah kepada golongan ini dengan berbagai alasan dan pertimbangan maka saya sarankan biasakanlah dengan bersedekah pada hari jumaat ketika pergi Solat Jumaat. Seeloknya bersedekah bagi pihak diri, isteri dan anak-anak .Contohnya, kita peruntukkan RM1 untuk setiap ahli keluarga kita dan jika kita mempunyai 3 orang anak sedekahlah RM5 termasuk diri dan isteri kita dan “maintain”lah untuk setiap hari jumaat tetapi jika boleh diberi lebih, alhamdulilah syukur dan yang penting haruslah diiringi dengan keikhlasan.
Sedekah anda, walaupun kecil tetapi amat berharga disisi Allah. Orang yang bakhil dan kedekut dan tidak menyedekahkan sebahagian hartanya akan rugi didunia dan akhirat kerana tidak mendapat keberkatan.
Tidak hairanlah jika orang yang bersedekah diibaratkan orang yang melabur (invest) dan menabung disisi Allah . Balasan yang akan diperolehinya berlipatganda. Mereka tidak akan rugi meskipun pada awalnya mereka kehilangan sesuatu, dan akan dibalas kemudian hari.

Renunglah ganjaran bersedekah dibawah ini
Rasulullah SAW menganjurkan kepada kita umatnya untuk memperbanyak sedekah, agar rezeki yang Allah berikan kepada kita menjadi bertambah berkah.
Orang-orang yang beriman sangat sedar dengan kekuatan sedekah untuk menolak bala, kesulitan dan berbagai macam penyakit, sebagaimana sabda Rasullullah SAW, :
”Bersegeralah bersedekah, sebab yang namanya bala tidak pernah mendahului sedekah”.
”Belilah semua kesulitanmu dengan sedekah”.
”Ubatilah penyakitmu dengan sedekah”.
Allah memberikan jaminan kemudahan bagi orang yang berdekah, ganjaran yang berlipatganda (700 kali) dan sebagai ganti, sebagaimana firman-Nya
Allah Ta’ala berfirman, ”Adapun orang yang memberikan (hartanya di jalan Allah) dan bertaqwa dan membenarkan adanya pahala yang terbaik (syurga) maka Kami kelak akan menyiapkan baginya jalan yang mudah”.
{Qs. Al Lail (92) : 5-8}
Allah Ta’ala berfirman, ”Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah maha luas (kurnia-Nya) lagi maha mengetahui”.
{Qs. Al Baqarah (2) : 261}
Jadi, Janganlah kedekut Hulur-hulurlah…..