YusopRejab.Com
Merebut Peluang Yang Ada
Merebut Peluang Yang Ada
Kenapa kita termakan pujuk rayu iklan?
Kenapa kita tertarik untuk membeli produk yang diiklankan?
Kenapa walaupun kita sedar akan bahana kesan iklan tapi kita masih tertewas?
Kenapa kita mengikut kata-kata iklan?
Kenapa iklan membuat kita terasa seperti kekurangan?
Jawapannya: Ini kerana kita manusia makhluk yang komplek yang mana kita boleh memanipulasi dan dimanipulasi. Para pengiklan telah melakukan kajian dan penyelidikan terperinci dengan menyiasat psikologi pembeli untuk mencari kelemahan pembeli. Apabila mereka telah dapat apa kelemahan tersebut maka serangan iklan bertalu-talu akan datang untuk memastikan kita sebagai pengguna kan membeli produk mereka.
Pengiklan akan mencari jalan untuk memastikan pengguna membeli produk mereka walaupun mereka tahu tak semua orang nakkan produk mereka. Pelbagai kajian dibuat dan hasilnya menyatakan bahawa “orang ramai membeli produk yang mereka mahu sebelum mereka membeli produk yang sebenarnya mereka perlukan“.
Jadi, supaya pengguna mahu produk mereka, maka pengiklan mengkaji gaya hidup pengguna seterusnyanya menghidangkan sesuatu yang boleh menarik pengguna kepada iklan mereka. Dengan menggunakan strategi pujukan dan teknik yang tersembunyi membuat seolah-olah produk mereka adalah “keperluan kita”. Kadang-kadang terjadi kita membeli sesuatu produk sedangkan kita tidak perlu sangat pun kerana telah termakan pujuk dan gesaan iklan. Proses pemujukan ini berlaku apabila kita melihat kandungan mesej iklan dan akal kita memikirkannya kerana tertarik dengan iklan tersebut.
Para pengiklan ini cuba menguasai minda kita, maka seterusnya mereka akan menguasai pasaran. Perkongsian minda = perkongsian pasaran. Teknik yang mereka sering gunakan ialah Pujukan Psikologi @ Saiko.
Dibawah ini saya berikan contoh-contoh Pujukan Psikologi tersebut;
1. Pujukan akal.
Menurut kajian, keputusan untuk membeli sesuatu dibuat oleh otak kanan dan otak kiri. Otak kanan juga berkaitan dengan emosi, kreativiti, motivasi, dan daya ingatan jangka panjang. Otak kiri pula berkaitan logik, bahasa dan pertimbangan. Disini apabila kita tengok sesuatu barang otak kanan kita akan bagi signal dimana emosi kita mengarah pilihan. Kemudian otak kiri akan mempertimbangkan kewajaran/ rasianol untuk membeli produk tersebut.
2. Pujukan melalui Bunyi
Dengan menggunakan sesuatu muzik sebagai kesan bunyi atau muzik latar, kita dapat meneka keadaan atau tujuan iklan. Contohnya irama orang sedang bercakap dan ketawa menceritakan sausana ceria dan kicauan burung dan cicipan serangga yang lembut menggambarkan sausan nyaman. Dengan menggunakan muzik juga, pengiklan akan memberikan seperti satu ‘Trade mark” kepada iklan mereka. Dengan hanya mendengar muzik berkenaan kita dapat tahu iklan apa yang sedang dimainkan.
3. Pujukan melalui pandangan
Pandangan boleh beri seribu makna.Tarikan pandangan boleh menunjukkan secara cepat dan tepat apa yang dilihat. Maka pengiklan menggunakan pandangan ini untuk mempengaruhi pengguna walaupun dengan sekali pandang saja kita mungkin telah tertarik dan akan memandang untuk kali kedua dan seterusnya melekat disitu dan akhirnya menjadi pembeli.
4. Pengaruh warna
Warna dan grafik adalah daya penarik untuk pengguna membaca sesuatu iklan. Malah kesan warna adalah lebih penting dari perkataan. Ia merupakan 60% penerimaan atau penolakan sesuatu produk atau pekhidmatan. Warna kuning adalah warna yang pertama diproses oleh mata. Warna jingga sesuai untuk kedai dan produk vitamin kerana ia boleh nampak mahal. Hijau untuk produk yang lebih meyakinkan atau selamat. Warna hitam lebih kepada beri maklumat dan warna putih melambangkanketulenan,kebersihan dan kesegaran. Warna ungu pula memberi sausana canggih kreatif, mewah dan kaya.
5. Mempergunakan nafsu kita
Nafsu manusia tidak pernah puas, ingin dan ingin yang terbaik. Faktor ini yang membuat kita mempunyai keinginan yang lebih untuk mendapatkan sesuatu.
6. Penerimaan daya ingatan
Kajian menunjukkan bahawa selepas menonton 16 iklan dalam masa sejam, penonton hanya boleh ingat 3 atau 4 sahaja. Oleh itu pengiklan menggunakan jenama untuk meninggalkan kesan yang lebih mudah diingati disamping meletakkan elemen-elemen yang menyerlah seperti warna, gambar dan audio iklan yang menarik. Mana lebih mudah anda ingat iklan Coco-cola atau iklan air mineral?.
7. Lain orang, lain gaya
Pengiklan sedar faktor jantina,umur, pendidikan, kaum, pendapatan, pekerjaan, gaya hidup dan sebagainya, boleh mempengaruhi apa yang kita suka dan tertarik kepada iklan. Dengan menggunakan faktor ini pengiklan telah mempunyai target untuk disasarkan.
8. Menjual imej atau jenama
Ini yang paling seronok oleh pengiklan. Dengan menggunakan produk yang berjenama dan dikenali amat mudah untuk mempengaruhi seseorang pengguna. Mana yang kita mahu Ubat gigi Colgate atau ubat gigi yang tidak berjenama?.
9. Menggunakan model ternama
Kadang kala ini yang berlaku, beli barangan bukan kerana barang tersebut tapi sebab artis yang diminati memakainya. Biasanya pengiklan menggunakan model yang memang dikenali untuk menarik pembeli.
10. Menampilkan sesuatu yang berharga dan diingini
Contoh yang berharga dan dingini ialah kegembiraan, asmara dan seks.Semua orang mahu menjadi gembira dan yakin terhadap diri sendiri dalam melakukan sesuatu perkara. Contoh iklan minyak wangi menampilkan model yang cantik dan keriangan yan ditunjukan setelah memakai minyak wangi dan seterusnya diikuti oleh para jejaka. Akhirnya kita membelinya kerana ingin seperti itu,walaupun hakikatnya kita tahu minyak wangi tak boleh beri kegembiraan.
Kita lihat bagaimana iklan dapat mempengaruhi kita dengan pelbagai cara. Saya tak nafikan tidak semua iklan itu tidak baik untuk kita tetapi bagaimana kita menilai sesuatu iklan itu. Adakah iklan itu membantu kita atau sebaliknya, merugikan kita.
” Pengiklan adalah pentafsir mimpi kita…Senjata mereka adalah kelemahan kita iaitu bimbang, cita-cita, kesakitan, harga diri, kepentingan diri, keinginan dan kejahilan.”
BAGAIMANA? APA KOMEN ANDA
28 December, 2009 - 7:21 pm
Salam…
Saya setuju dgn saudara Yusop. Iklan memainkan peranan yang sungguh berkuasa dlm mempengaruhi pembeli. Lihat saja di mana mama. Pasti akan melihat iklan di tv, radio, surat khabar, badan teksi ataupun badan bas.
Ada iklan yang berasas dan ada juga sebagai gimmik sahaja. Namun kita sebagai pembeli merangkap pengguna harus berhati2 supaya jangan terpedaya. Beli perkara2 yang perlu sahaja dan elakkan membazir.
Konsep iklan cukup mudah. Terdiri daripada 3 pihak biasanya. Pertama, pengiklan. Iaitu pihak yang mahu mengiklan. Keduanya ialah penyiar iklan, sepeti televisyen, radio, internet dll. Ketiga, sudah semestinya pembeli. Jika tiada pembeli maka tidak ada gunya iklan. Itu cuma pandangan saya tentang pengiklanan. Mungkin ada yang perlu ditambah..
1 January, 2010 - 12:34 am
terima kasih atas komen Naz, berasas dan bernas sekali.
6 January, 2010 - 4:00 pm
ye betul sgt tu
14 January, 2010 - 7:32 am
Memang betul lah iklan itu penuh daya tarikan sebab itu orang kalau buat iklan bukan main bagus je kan he2…walaupun kadang barangnya tak sama dengan apa yang diiklankan. Tapi kalau tak iklan macam mana orang nak tau yang kita ada produk kan…post ini memang memberi manfaat untuk semua…thanks…
27 January, 2010 - 1:37 am
betul sesangat iklan memainkan peranan yang amat kuat dan tarikan pada pengguna.kita sebagai pengguna harus bijak menilai 1 keperluan 2 kemahuan..terima kasih
13 February, 2010 - 4:40 am
Lebih dasyhat lagi dengan adanya teknologi terkini. Para pengiklan lebih kreatif lagi dengan terus menerpa ke otak kiri dan mengarahkan membuat keputusan tanpa melalui otak kanan lagi. Mereka menggunakan lambang atau isyarat yang hanya dapat dilihat atau didengar oleh otak kiri sahaja. Keputusan untuk membeli akan lebih cepat kerana tidak perlu ditimbang tara oleh otak kanan terlebih dahulu.
Cara ini dengan menggunakan ‘pujukan fikiran di bawah sedar’ kita. Yang mana otak kiri akan terus menyimpan maklumat ini sampai bila bila. Contohnya, pernah tak anda melihat iklan coca cola, yang berbuih buih dengan kesan air yang melambangkan kesejukkan yang enak. Percikkan dari botolnya tidak memberi erti kepada mata kasar kita. Tetapi jika di amati lama lama, adanya bentukkan orang menjerit kehausan, dan ini cuma dapat dilihat oleh otak kiri kita sahaja. Dan ia merakamkan, jika dahaga kena minum Coca Cola.
Lagi satu, kenapa budak budak kecil sekali pun kenal lambang Mc Donald?. Fikir fikirkan..
Salam.
19 February, 2010 - 8:12 am
Info yang menarik dan berguna.terima kasih Adam