YusopRejab.Com
Merebut Peluang Yang Ada
Merebut Peluang Yang Ada
Feb 7th
LATAR BELAKANG TAN SRI SYED MOKHTAR AL BUKHARY
Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary TAN Sri Syed Mokhtar al-Bukhary adalah usahawan yang banyak menderma dan banyak melakukan kerja-kerja amal.
Latar belakang kehidupan
Tan Sri Syed Mokhtar dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada tahun 1951. Keluarganya berasal dari Hadhramaut, Yemen. Sebelum mengambil keputusan menetap di Kedah, bapanya mengembara hingga ke Asia Tengah untuk berniaga. Seterusnya, bapanya ke Thailand. Pada pertengahan tahun 40-an, barulah bapa Tan Sri Syed Mokhtar mengambil keputusan menetap di Alor Setar, Kedah. Pada tahun 1946, bapanya mendirikan rumah tangga. Tan Sri Syed Mokhtar mempunyai tujuh orang adik beradik dan dia adalah anak yang ketiga. Tan Sri Syed Mokhtar hidup dalam keadaan yang serba kekurangan hinggakan rumah kayunya yang terletak di Kampung Hutan Keriang tidak mempunyai katil, meja mahupun kerusi. Ini menyebabkan beliau susah hendak menelaah. Walaupun demikian, setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Keadaan itu juga mendorong beliau supaya memulakan kelas tuisyen percuma sebagai salah satu program kebajikan di bawah Yayasan al-Bukhary yang ditubuhkannya bagi menyumbang ke arah kebajikan. Kini, seramai 15,000 orang pelajar mendapat faedah daripada program tuisyen itu.
Pendidikan
Tan Sri Syed Mokhtar memulakan persekolahannya di Alor Setar tetapi apabila beliau berusia 9 tahun, beliau dihantar tinggal bersama-sama dengan bapa saudaranya, Syed Omar di Johor Bahru. Beliau berada di situ dari darjah empat hinggalah ke tingkatan dua. Tan Sri Syed Mokhtar kemudiannya kembali ke kampung halamannya di Alor Setar dan menyambung persekolahannya hingga ke tingkatan lima di Sekolah Saint Micheal’s. Sebenarnya, Tan Sri Syed Mokhtar bukanlah orang yang berpendidikan tinggi. Beliau tidak pernah belajar hingga ke peringkat universiti. Namun, ini tidak bermakna beliau seorang yang tidak berilmu. Kebanyakan ilmunya diperoleh melalui pengalaman secara langsung apabila beliau bergiat dalam dunia perniagaan sejak kecil lagi.
Membantu keluarga
Disebabkan keadaan keluarganya yang kurang berkemampuan, Tan Sri Syed Mokhtar membantu ibunya menanam sayur-sayuran bagi menampung pendapatan keluarga. Mereka menjualnya di pasar di Jalan Telok Wan Jah. Beliau juga menjual roti canai di pasar yang sama. Semasa waktu rehat di sekolah pula, ayahnya akan menemuinya di sekolah dan memintanya membuat simpan kira. Selepas waktu sekolah, Tan Sri Syed Mokhtar membantu menggembala haiwan peliharaan bapanya di pusat kuarantin berdekatan dengan stesen kereta api Alor Setar. Beliau banyak menimba ilmu dan pengalaman semasa melakukan kerja-kerja itu.
Mula berniaga
Pada tahun 1970-an, perniagaan binatang ternakan bapanya mengalami kemerosotan ekoran tercetusnya wabak kaki dan mulut. Wabak itu merebak ke seluruh Selatan Thailand, Kedah dan Perlis. Semua binatang ternakannya mati begitu sahaja. Sejak itu, Tan Sri Syed Mokhtar mengambil alih perniagaan bapanya dan membuat keputusan untuk tidak lagi melibatkan diri dalam bidang penternakan. Beliau mula menjual daging secara kecil-kecilan. Sebenarnya, Beliau pergi dari pekan ke pekan di sekitar Alor Setar bagi membeli daging yang tidak terjual. Beliau kemudiannya membungkus daging itu bersama ais dan menjualnya kembali kepada peniaga Bumiputera dan restoran-restoran di sekitar Alor Setar. Beliau berjaya dalam perniagaan itu. Kejayaan itu menambahkan keyakinan beliau bagi memajukan diri dalam dunia perniagaan. Daripada perniagaan menjual daging, beliau beralih pula kepada perniagaan pengangkutan. Pada tahun 1972, beliau berjaya mendapat permit bagi empat buah lori Kelas A. Beliau mendapat bantuan pinjaman sebanyak RM110,000 daripada pihak MARA yang digunakannya bagi membeli dua buah lori Mercedes 911LS. Sebenarnya, seorang peniaga Cina menawarkan sejumlah wang bagi baki dua permit yang tidak digunakannya. Tan Sri Syed Mokhtar enggan dan menyerahkan permit itu kembali kepada MARA. Selepas membeli dua buah lori itu, Tan Sri Syed membuka syarikat pengangkutan yang dinamakan Syarikat Pengangkutan Sentosa dan melantik kerani Cina sebagai pengurus syarikatnya itu. Tan Sri Syed Mokhtar menggunakan lori-lorinya bagi memulakan perniagaan beras. Syarikat Kenderaan Sentosa masih wujud sehingga ke hari ini dan memiliki lebih daripada 40 buah lori.
Menubuhkan syarikat
Pada tahun 1974, Tan Sri Syed Mokhtar membeli rumah kedainya yang pertama di Jalan Telok Wan Jah di bawah perjanjian sewa beli dengan UDA atau Perbadanan Kemajuan Bandar. Seterusnya, pada tahun 1975, beliau menubuhkan Syarikat Shah dan memohon lesen perdagangan beras daripada Lembaga Padi Negara yang kini dikenali sebagai Bernas. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Dia berjaya mendapat kontrak bagi membekalkan beras ke pihak FELDA, MARA Senama, Pernas Edar dan juga Sergam Sdn. Bhd., iaitu anak syarikat Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor. Selepas berjaya dengan Syarikat Shah, beliau menubuhkan syarikat usaha sama dengan dua orang peniaga Cina, iaitu Ng Ghiak Gee dan Chua Chong Tan. Ghiak Gee adalah pedagang beras manakala Chong Tan pula pengilang beras. Dalam syarikat usaha sama itu, Tan Sri Syed Mokhtar memegang 52 peratus kepentingan manakala Ghiak Gee dan Chong Tan masing-masing 32 peratus dan 16 peratus. Perniagaan usaha sama yang diberi nama Bukhary Sdn. Bhd. itu memulakan operasinya pada 15 Julai 1976, di pejabatnya di Jalan Telok Wan Jah.
Perniagaan terus berkembang
Daripada beras, beliau kemudiannya mengembangkan perniagaannya kepada komoditi lain, iaitu gula. Ini masih dijalankan sehingga ke hari ini melalui Bukhary Sdn. Bhd. Pendapatan tahunan Bukhary Sdn. Bhd. kini mencecah RM250 juta. Setahun selepas Bukhary Sdn. Bhd. memulakan operasinya, beliau menubuhkan Bukhary (KL) Sdn. Bhd. pada tahun 1977. Syarikat itu ditubuhkan khas bagi mendapatkan kontrak kerajaan yang pada masa itu banyak ditawarkan kepada usahawan Bumiputera. Operasi Bukhary (KL) Sdn. Bhd. dijalankan di rumah kedai empat tingkat di Jalan Pahang yang juga dibeli melalui perjanjian sewa beli dengan UDA. Usahanya membuahkan hasil lagi. Tan Sri Syed Mokhtar diberikan kontrak bagi membekalkan beras, teh, tepung coklat, tepung susu dan juga minyak sapi kepada kerajaan. Bahagian bawah pejabatnya diubah suai menjadi pusat pembungkusan. Apabila beliau mendapat kontrak pembekalan itu, Tan Sri Syed Mokhtar menubuhkan Susu Mas Sdn. Bhd. pada tahun 1979. Syarikat itu juga adalah syarikat usaha sama di antara dirinya yang memegang 51 peratus kepentingan dengan New Zealand Milk Products yang memegang saham selebihnya. Produk Susu Mas Sdn. Bhd. dipasarkan di bawah jenama Fernleaf dan Anchor. Pada pertengahan tahun 80-an, Tan Sri Syed Mokhtar menjual kepentingannya dalam Susu Mas Sdn. Bhd. ekoran kemelesetan ekonomi.
Strategi tersendiri
Pada tahun 1978, beliau dijemput menyertai delegasi perdagangan ke Ekso Perdagangan Canton, China. Semasa berada di China, Tan Sri Syed Mokhtar menjalankan sistem barter, iaitu menukarkan kokonya dengan teh dari China. Cuma bezanya sistem barter zaman sekarang dijalankan secara besar-besaran atau pukal. Contohnya, menukarkan 1 tan minyak sawit dengan 1 tan minyak mentah.
Perniagaan pakaian
Selepas mengembangkan perniagaannya bermula daripada bidang komoditi ke pengangkutan, pembungkusan dan barter, beliau kemudiannya melangkah kepada sektor pembuatan. Ini ekoran kejayaannya mendapat kontrak membuat pakaian seragam tentera bagi pihak Kementerian Pertahanan. Kontrak itu adalah bagi membekalkan pihak tentera dengan 120,000 pasang kasut dan 330,000 pasang pakaian seragam. Apabila berjaya mendapat kontrak itu, beliau mula mencari pembekal. Pada mulanya, beliau membeli secara terus daripada pengilang. Selepas membeli daripada pengilang, beliau kemudiannya membuat keputusan menubuhkan dua buah syarikat, iaitu Amtek Holdings bagi mengeluarkan kasut dan Oriental Garments Uniform Division bagi mengeluarkan pakaian. Oriental Garments Uniform Division adalah syarikat usaha sama dengan Oriental Garment yang berpusat di Seberang Prai. Apabila Amtek Holdings disenaraikan di Papan Kedua Bursa Saham Kuala Lumpur pada tahun 1998, beliau menggunakan wang penyenaraian yang diperolehnya bagi membeli Spark Manshop dan hak bagi mengeluarkan dan memasarkan pakaian berjenama Crocodile. Kini, anak syarikat Amtek Holdings mengeluarkan kasut tentera (Amtek Shoes) dan pakaian berjenama Lee Coopers dan Lois (Amtek Garments Sdn. Bhd.) bagi pasaran eksport.
Perniagaan perkapalan
Tidak cukup dengan perniagaan pakaian, beliau juga bergiat dalam perniagaan perkapalan. Beliau menubuhkan Bukhari Shipping dan mendaftarkannya dengan pihak Perbendaharaan. Bukhari Shipping bertindak sebagai broker kapal di bawah polisi CABOTAGE. Melalui Bukhari Shipping, Tan Sri Syed Mokhtar membeli sebuah kapal buatan Jerman yang berusia 28 tahun pada harga USD1 juta. Kapal yang diberi nama Angsa Mas itu digunakan bagi mengangkut beras dari Thailand ke Sabah dan Sarawak. Walau bagaimanapun, perniagaan itu mengalami kerugian yang menyebabkan beliau terpaksa menjual kapalnya pada harga USD600,000, iaitu rugi sebanyak USD400,000 (USD1 juta – USD600,000). Pada masa yang sama, beliau mula membabitkan diri dalam sektor pembangunan hartanah. Beliau membeli beberapa bidang tanah di Alor Setar dan memulakan beberapa projek perumahan di bawah syarikat Bukhary Development.
Penglibatan dalam projek penswastaan
Beliau terlibat dalam projek penswastaan Johor Port Sdn. Bhd. dan Johor Tenggara Oil Palm Sdn.Bhd. Beliau membeli Johor Port melalui tender pada harga RM330 juta. Johor Tenggara Oil Palm Sdn. Bhd. pula dibelinya pada harga RM135 juta. Melalui Johor Port Sdn. Bhd., beliau menjayakan projek Pelabuhan Tanjung Pelepas. Kini, Pelabuhan Tanjung Pelepas semakin maju hingga mereka berjaya meyakinkan dua buah syarikat perkapalan antarabangsa, iaitu Maersk Sealand dari Denmark dan Evergreen Marine dari Taiwan supaya berpindah dari Pelabuhan Singapura ke Pelabuhan Tanjung Pelepas. Projek penswastaan ketiganya adalah penswastaan air yang mana beliau menubuhkan Equiventure Sdn. Bhd., iaitu syarikat usaha sama di antara syarikatnya, Kembangan Dinamik dan Pilecon Bhd. serta syarikat Perancis, Oneo. Pegangan Kembangan Dinamik dalam syarikat itu adalah sebanyak 49 peratus.
Kepentingan
Beliau membeli MMC Corporation, iaitu syarikat kejuruteraan pada harga RM3 sesaham daripada Permodalan Nasional Berhad (PNB). Tan Sri Syed Mokhtar juga memiliki 22.7 peratus pegangan dalam Malakoff Berhad, iaitu syarikat pembekalan elektrik dan 20 peratus pegangan dalam IJM Corporation Berhad di mana perniagaan utamanya adalah pembuatan. Selain itu, beliau memiliki 18 peratus pegangan dalam Bernas yang terlibat dalam perdagangan beras dan 32 peratus pegangan dalam Pernas International Holdings Berhad, iaitu konglomerat yang terlibat dalam banyak sektor perniagaan. Manakala 18.7 peratus pegangan dalam Fiamma Holdings Berhad, syarikat pemasaran dan pengedaran barangan elektronik serta 100 peratus kepentingan dalam MPH, iaitu syarikat peruncitan dan pengedaran buku.

Masjid Albukhary Alor Setar Kedah
Objektif penubuhan Yayasan al-Bukhary
Yayasan al-Bukhary ditubuhkan pada Mac 1996 sebagai badan kebajikan yang berperanan membantu golongan miskin, menyokong perkembangan seni dan budaya Islam dan juga menggalakkan persefahaman antara peradaban. Antara objektif utama Yayasan al-Bukhary adalah menggalakkan persaudaraan sesama Islam. Yayasan ini terdiri daripada dua buah bahagian. Satu bahagian menjalankan kerja-kerja kebajikan manakala satu bahagian lagi menguruskan penyaluran dana daripada setiap syarikat yang mana Tan Sri Syed Mokhtar ada kepentingan di dalamnya. Sehingga kini, Yayasan al-Bukhary membelanjakan lebih RM300 juta bagi aktiviti keagamaan, kebudayaan dan pendidikan. Selain itu juga, Yayasan al-Bukhary hanya membiayai pelajar miskin. Antara inisiatif yang dilakukan adalah membiayai pelajar Muslim miskin dari serata ASEAN supaya belajar di Malaysia.
Projek-projek utama Yayasan al-Bukhary
Antara projek terbesar yang sedang dijalankan adalah pembinaan Kompleks al-Bukhary yang bernilai RM400 juta di Kedah yang dijangka siap pada akhir tahun 2004. Kompleks itu kelak memainkan peranan sebagai kompleks yang lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti masjid, pusat perubatan, pusat komuniti, rumah anak yatim, akademi khas bagi warga tua dan pusat pengajian tinggi. Antara projek besar yang disiapkan adalah Muzium Kesenian Islam Malaysia di Kuala Lumpur yang bernilai RM100 juta. Muzium empat tingkat itu adalah muzium pertama di rantau Asia Pasifik yang memaparkan hasil seni Islam. Yayasan al-Bukhary juga membina 12 buah masjid di serata negara. Sumbangan dalam bidang pendidikan Pada tahun 2000, Yayasan al-Bukhary mendermakan sejumlah RM7.75 juta kepada Oxford Centre for Islamic Studies, iaitu pusat pengajian Islam yang terkenal di serata dunia. Yayasan al-Bukhary juga kini sedang membantu Institut Pembangunan Pendidikan Maju (MIED) dalam projek bagi mengasaskan Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST) di Sungai Petani, Kedah. Selain itu, Yayasan al-Bukhary juga sering mengadakan dialog peradaban bagi menggalakkan toleransi dan persefahaman antara masyarakat berbilang agama dan kepercayaan. Penglibatan Yayasan al-Bukhary dalam projek yang dimulakan oleh bukan Islam juga terserlah. Walaupun Yayasan al-Bukhary lebih menekankan kepada projek kebajikan yang bercirikan Islam, ia tetap menyumbang kepada projek yang dijalankan oleh

Tokoh MaalHijrah
organisasi bukan Islam. Contohnya, Yayasan al-Bukhary menyumbang sebanyak RM satu juta bagi Projek Langkawi, iaitu projek yang dimulakan oleh MCA bagi mengumpul dana bagi menjalankan projek pendidikan di luar bandar dan juga memberi biasiswa kepada para pelajar yang kurang mampu.
Tan Sri Syed adalah usahawan Bumiputera yang terkaya di Malaysia dengan kekayaan yang bernilai RM1.67 bilion.
SUMBER DARI : http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=546
Jan 31st
Pada hari semalam, 30/01/2010, Saya telah hadiri Seminar Kenali Potensi Diri-Revolusi 2010 yang telah disampaikan oleh pengasasnya iaitu Dr Azizan Osman. Seminar ini telah diadakan di Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam.

Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam
Difahamkan kira-kira 3500 orang yang telah menghadiri kursus ini pada hari tersebut. Saya sampai pada pukul 8.00pagi dan orang telah ramai dan menunggu untuk mendaftar.
Seminar bermula pada pukul 9.00pagi dan berhenti rehat pada pukul 1.00tghari dan disambung semula pada pukul 2.30ptg sehingga pukul 5.00ptg.
Dalam seminar ini, peserta diajar cara mengira tarikh lahir untuk mengenali potensi diri masing-masing. Juga diajar bagaimana memahami angka-angka yang terbentuk dari pengiraan tarikh lahir tersebut.
Untuk mendapat sedikit gambaran tentang seminar ini dan pengiraan tarikh lahir, anda boleh mendownload Ebook Percuma Rahsia Tarikh Lahir yang diterbitkan oleh rakan saya iaitu Saudara Hamdan Mohammed yang juga merupakan Graduan Dr. Azizan dibawah ini.
Kejutan juga dibuat oleh Dr Azizan pada seminar ini ialah menjemput seorang Jutawan yang berjaya dari Utara iaitu Datuk Dr Rozmey dari Herba Prima Marketing. Beliau telah memberi sedikit nasihat dan panduan kepada para peserta seminar. Antara nasihat beliau ialah;
Kesimpulan yang boleh saya buat ialah, memang hebat seminar ini, dari segi jumlah peserta yang hadir dan penyampaian Dr Azizan sendiri serta kandungan seminar yang amat berguna. Berikut antara peringatan Dr Azizan kepada para peserta;
Berikut adalah gambar-gambar ketika seminar tersebut.

Para peserta mula memasuki dewan pada pukul 9:00pagi

Dr Azizan sedang memberi penerangan

Pandangan dalam dewan dari atas..lebih kurang 3500 orang

Bersama Hamdan Graduan Dr.Azizan dan Penulis Ebook Rahsia Tarikh Lahir

Bersama Abang Hakim (Exec. Director Zelmass Holdings) dan Abang Remy (pelakon)
Jan 24th
Pada 23/1/10, saya telah menghadiri satu Workshop Asas Kewangan. Workshop ini dikendalikan oleh Saudara Azha Syazri Azizan (AFPM) daripada SimpanDuit Consulting.
Banyak yang saya pelajari daripada workshop ini. Walaupun ia adalah asas, ia amat bermakna kepada saya bagi menambah ilmu pengetahuan dan juga sebagai ‘refreshment” kepada saya.
Berikut adalah kesimpulan daripada apa yang saya pelajari dari Workshop Asas Kewangan ini;
- Perancangan kewangan amat penting supaya segala urusan kehidupan lebih teratur. Dengan itu ia akan mewujudkan suasana yang harmoni dikalangan ahli keluarga serta dapat mengelak daripada masalah atau bencana kewangan.
- Perancangan kewangan perlu dibuat sepanjang masa
- Masa depan kita akan ditentukan oleh Bagaimana kita menguruskan wang kita dari sekarang.
- Jika kita hendak kekalkan taraf hidup kita, kenaikan pendapatan kita mestilah sama atau lebih daripada kadar kenaikan harga barang inflasi(jadi pendapatan kena up setiap tahun atleast 5-20%)
- Perancangan kewangan mestilah BERMULA dengan menyemak kedudukan kewangan anda. ( Edisi Bedah Siasat).
- Kita mestilah mempunyai Financial Back-up (sokongan kewangan) sebagai persediaan bila kita menghadapi bencana kewangan.
- Kepentingan insuran – life insuran, Medical card dan insuran+tabungan.
- Kepentingan menyimpan/ menabung dan caranya.
- Perbezaan antara masalah kewangan dan bencana kewangan dan contoh-contohnya.
- Bagaimana cara menyediakan pendapatan yang berterusan
- Bagaimana cara memperbaiki keadaan kewangan
- Persediaan untuk masa depan
- Merancang tabung persaraan
Dan banyak lagi..
Jika anda berminat untuk menghadiri seminar ini anda boleh lawati http://www.simpanduit.com untuk mengetahui jadual seminar berikutnya.
Dan yang amat mengejutkan ialah saya bertemu seorang IM dan juga penulis ebook tentang kewangan dan sekarang ebook beliau sedang dilancarkan. Walaupun saya mengenali beliau sebelum ini hanya melalui gambar dan juga internet, tetapi bila bertemu secara bersemuka ia amat berbeza sehingga saya hampir tidak mengenali beliau. Nak tahu siapakah orangnya, anda boleh KLIK DISINI.
Berikut adalah gambar-gambar ketika seminar

Bersama Saudara Azha Syazri dan rakan-rakan

Saya dan Saudara Azha Syazri
Jan 3rd
Hari ini telah masuk hari ke 3 ditahun baru 2010. Seperti biasa orang akan ucapkan Selamat tahun Baru dan membuat AZAM baru.
Tetapi semalam saya ada menerima email dari seorang subscriber saya iaitu Rosn, yang memberi pendapatnya tentang azam di tahun. Pendapatnya agak lain dari kebiasaan kita dengar. Berikut adalah email beliau kepada saya;
salam…
rasanya agak leceh ditahun baru ni …..
zaman dah berubah,teknologi dah semakin canggih…
tapi ayat yg sama di perdengarkan setiap awal tahun…
rasanya dah kurang sesuai lagi utk di persoalkan tentang azam lagi
setiap kali tiba tahun baru..
bagi saya azam dizaman serba canggih ni dah menjadi automatik dah..
dunia dan masa menjadi semakin canggih dan manusia juga bergerak kearah tu..
jadi selari dgn itu maka setiap orang atas dunia ni dah secara automatik terpaksa
meperbaharui azam atau ketinggalan spr gajet2 hanphone dan kmputer..
jadi secara automatiknya sesiapa saja yg hidup di zaman ini
tidak perlukan azam lagi tapi terpaksa selari dgn zaman dan masa..
jadi secara tak langsungnya, samada seseorang ada azam atau tidak,
terpaksa bergerak selari dengan peredaran masa..jika tak…
jadilah seperti gajet2 handset atau komputer lama..
moga di tahun depan orang akan lebih sensetif dgn keadaan dan tidak
lagi berbicara tentang azam spr zaman mundur dulu lagi…
dimasa mundur memang azam diperlukan uytk berjaya tp
dizaman maju azam tidak diperlukan lagi tp perlu bergerak selari dgn masa
dan keadaan agar tidak ketinggalan zaman…
apa pandangan anda…
Apa pendapat anda dengan pandangan Rosn ini? Saya harap rakan-rakan dapat memberi pandangan tentang pendapat beliau.
Jika di tanya kepada saya, Azam ini umpama kita berjanji kepada diri kita sendiri untuk sesuatu yang baik samada untuk meningkatkan kualiti hidup kita atau pun kepuasan kita. Tidak kita samada ia kecil atau besarnya azam tersebut. Umpama , berazam untuk tinggal tabiat merokok, untuk berkahwin, membeli emak/ayah sebuah handphone dan banyak lagi.
Azam ini seperti satu “niat” untuk mencapai sesuatu tapi jangan pula bernazar nanti wajib ditunaikan pulak. Digalakkan memberitahu orang azam kita supaya kita seperti telah mengikrarkan kepada mereka akan sesuatu yang kita akan buat. Disini seolah-olah kita telah terikat dengan satu perjanjian yang tak rasmi dan akan membuat kita teringat-ingat dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapainya. Sebagai contoh, Jika anda seorang perokok dan anda telah berazam untuk berhenti merokok pada tahun ini dan anda telah war-warkan pada sanak saudara dan rakan taulan. Jadi dengan itu anda akan lebih terasa bertanggungjawab dengan ikrar dan janji anda dan dengan sendiri akan rasa malu apabila cuba hendak merokok dan rakan-rakan perokok anda juga akan lebih dan kena menghormati pendirian anda. Mereka semua seperti menjadi pemantau akan janji anda.
”Itu pendapat saya, bagaimana pendapat anda semua pula?”
Setiap orang mempunyai pandangan masing-masing tentang azam ini, dan terpulang kepada anda untuk mentafsirkannya.
Jan 1st

Kita telah meninggalkan tahun 2009 dan kita kini telah berada dalam
tahun baru iaitu tahun 2010.
Selalunya yang ditanya oleh orang ialah :
“Selamat Tahun Baru! Apa azam awak, tahun baru ni?
Sebenarnya, saya pun ingin tanya soalan yang sama pada anda
“Apa azam anda tahun baru ni ?”
Macam mana azam tahun lepas dah capai ke belum?.
Kalau anda dah capai azam tahun tahniah saya ucapkan.
Jika masih tidak dapat capai, jangan putus asa. Set kan semula azam
tersebut dan cuba buat lagi untuk tahun 2010 ni. Berikan fokus dan
tumpuan yang penuh sepanjang tahun 2010 bagi mencapai azam baru anda.
Yang pasti semua orang mempunyai azam masing-masing pada tahun
baru ini dan setiap dari kita berhak mempunyai azam bagi mencipta kejayaan
masing-masing. Azam ini ialah kita berjanji kepada diri sendiri
untuk mencapai apa yang kita hajatkan.
Persoalannya, Adakah kita sudah bersedia?
Saya ingin berkongsi satu formula kejayaan yang diberikan oleh saudara
Labanon & Zhafran, dari Team FlareBiz dengan anda, Katanya:
Formulanya ialah: M + T + T = K
M: Mewakili Mindset.
Anda perlu memiliki mindset sepertimana orang
yang berjaya barulah anda akan berjaya. Percaya atau tidak, mindset
orang biasa adalah lain dengan mindset seorang jutawan. Untuk
memiliki mindset sebagai orang yang berjaya, anda perlu banyak
membaca buku berkaitan orang yang berjaya.
T: Mewakili TIndakan.
Mindset yang bagus sahaja tidak akan menjamin
kejayaan anda tanpa disusuli dengan tindakan yang konsisten. Anda
juga perlu bertindak menuju cita-cita dan matlamat yang telah anda
tetapkan. Bertepatan lah dengan satu kata-kata Inggeris yang berbunyi:
“Knowing is not enough; we must apply. Willing is not enough; we
must do.”
T: T yang kedua pula mewakili Tawakal.
Bagi yang beragama Islam pula, untuk berjaya kita juga perlu bertawakal
setelah berusaha bersungguh-sungguh kerana hanya Dia yang mengetahui
apa yang terbaik untuk diri kita.
K: Mewakili Kejayaan.
Hasil bagi formula M + T + T adalah kejayaan yang bakal anda kecapi.
Kita perlu memiliki mindset sepertimana orang yang telah berjaya barulah
kita akan berjaya, jadi kita perlu banyak membaca buku berkaitan orang yang berjaya.
Sama-samalah kita jayakan azam baru kita. Insyallah.

Dec 24th
Kenapa kita termakan pujuk rayu iklan?
Kenapa kita tertarik untuk membeli produk yang diiklankan?
Kenapa walaupun kita sedar akan bahana kesan iklan tapi kita masih tertewas?
Kenapa kita mengikut kata-kata iklan?
Kenapa iklan membuat kita terasa seperti kekurangan?
Jawapannya: Ini kerana kita manusia makhluk yang komplek yang mana kita boleh memanipulasi dan dimanipulasi. Para pengiklan telah melakukan kajian dan penyelidikan terperinci dengan menyiasat psikologi pembeli untuk mencari kelemahan pembeli. Apabila mereka telah dapat apa kelemahan tersebut maka serangan iklan bertalu-talu akan datang untuk memastikan kita sebagai pengguna kan membeli produk mereka.
Pengiklan akan mencari jalan untuk memastikan pengguna membeli produk mereka walaupun mereka tahu tak semua orang nakkan produk mereka. Pelbagai kajian dibuat dan hasilnya menyatakan bahawa “orang ramai membeli produk yang mereka mahu sebelum mereka membeli produk yang sebenarnya mereka perlukan“.
Jadi, supaya pengguna mahu produk mereka, maka pengiklan mengkaji gaya hidup pengguna seterusnyanya menghidangkan sesuatu yang boleh menarik pengguna kepada iklan mereka. Dengan menggunakan strategi pujukan dan teknik yang tersembunyi membuat seolah-olah produk mereka adalah “keperluan kita”. Kadang-kadang terjadi kita membeli sesuatu produk sedangkan kita tidak perlu sangat pun kerana telah termakan pujuk dan gesaan iklan. Proses pemujukan ini berlaku apabila kita melihat kandungan mesej iklan dan akal kita memikirkannya kerana tertarik dengan iklan tersebut.
Para pengiklan ini cuba menguasai minda kita, maka seterusnya mereka akan menguasai pasaran. Perkongsian minda = perkongsian pasaran. Teknik yang mereka sering gunakan ialah Pujukan Psikologi @ Saiko.
Dibawah ini saya berikan contoh-contoh Pujukan Psikologi tersebut;
1. Pujukan akal.
Menurut kajian, keputusan untuk membeli sesuatu dibuat oleh otak kanan dan otak kiri. Otak kanan juga berkaitan dengan emosi, kreativiti, motivasi, dan daya ingatan jangka panjang. Otak kiri pula berkaitan logik, bahasa dan pertimbangan. Disini apabila kita tengok sesuatu barang otak kanan kita akan bagi signal dimana emosi kita mengarah pilihan. Kemudian otak kiri akan mempertimbangkan kewajaran/ rasianol untuk membeli produk tersebut.
2. Pujukan melalui Bunyi
Dengan menggunakan sesuatu muzik sebagai kesan bunyi atau muzik latar, kita dapat meneka keadaan atau tujuan iklan. Contohnya irama orang sedang bercakap dan ketawa menceritakan sausana ceria dan kicauan burung dan cicipan serangga yang lembut menggambarkan sausan nyaman. Dengan menggunakan muzik juga, pengiklan akan memberikan seperti satu ‘Trade mark” kepada iklan mereka. Dengan hanya mendengar muzik berkenaan kita dapat tahu iklan apa yang sedang dimainkan.
3. Pujukan melalui pandangan
Pandangan boleh beri seribu makna.Tarikan pandangan boleh menunjukkan secara cepat dan tepat apa yang dilihat. Maka pengiklan menggunakan pandangan ini untuk mempengaruhi pengguna walaupun dengan sekali pandang saja kita mungkin telah tertarik dan akan memandang untuk kali kedua dan seterusnya melekat disitu dan akhirnya menjadi pembeli.
4. Pengaruh warna
Warna dan grafik adalah daya penarik untuk pengguna membaca sesuatu iklan. Malah kesan warna adalah lebih penting dari perkataan. Ia merupakan 60% penerimaan atau penolakan sesuatu produk atau pekhidmatan. Warna kuning adalah warna yang pertama diproses oleh mata. Warna jingga sesuai untuk kedai dan produk vitamin kerana ia boleh nampak mahal. Hijau untuk produk yang lebih meyakinkan atau selamat. Warna hitam lebih kepada beri maklumat dan warna putih melambangkanketulenan,kebersihan dan kesegaran. Warna ungu pula memberi sausana canggih kreatif, mewah dan kaya.
5. Mempergunakan nafsu kita
Nafsu manusia tidak pernah puas, ingin dan ingin yang terbaik. Faktor ini yang membuat kita mempunyai keinginan yang lebih untuk mendapatkan sesuatu.
6. Penerimaan daya ingatan
Kajian menunjukkan bahawa selepas menonton 16 iklan dalam masa sejam, penonton hanya boleh ingat 3 atau 4 sahaja. Oleh itu pengiklan menggunakan jenama untuk meninggalkan kesan yang lebih mudah diingati disamping meletakkan elemen-elemen yang menyerlah seperti warna, gambar dan audio iklan yang menarik. Mana lebih mudah anda ingat iklan Coco-cola atau iklan air mineral?.
7. Lain orang, lain gaya
Pengiklan sedar faktor jantina,umur, pendidikan, kaum, pendapatan, pekerjaan, gaya hidup dan sebagainya, boleh mempengaruhi apa yang kita suka dan tertarik kepada iklan. Dengan menggunakan faktor ini pengiklan telah mempunyai target untuk disasarkan.
8. Menjual imej atau jenama
Ini yang paling seronok oleh pengiklan. Dengan menggunakan produk yang berjenama dan dikenali amat mudah untuk mempengaruhi seseorang pengguna. Mana yang kita mahu Ubat gigi Colgate atau ubat gigi yang tidak berjenama?.
9. Menggunakan model ternama
Kadang kala ini yang berlaku, beli barangan bukan kerana barang tersebut tapi sebab artis yang diminati memakainya. Biasanya pengiklan menggunakan model yang memang dikenali untuk menarik pembeli.
10. Menampilkan sesuatu yang berharga dan diingini
Contoh yang berharga dan dingini ialah kegembiraan, asmara dan seks.Semua orang mahu menjadi gembira dan yakin terhadap diri sendiri dalam melakukan sesuatu perkara. Contoh iklan minyak wangi menampilkan model yang cantik dan keriangan yan ditunjukan setelah memakai minyak wangi dan seterusnya diikuti oleh para jejaka. Akhirnya kita membelinya kerana ingin seperti itu,walaupun hakikatnya kita tahu minyak wangi tak boleh beri kegembiraan.
Kita lihat bagaimana iklan dapat mempengaruhi kita dengan pelbagai cara. Saya tak nafikan tidak semua iklan itu tidak baik untuk kita tetapi bagaimana kita menilai sesuatu iklan itu. Adakah iklan itu membantu kita atau sebaliknya, merugikan kita.
” Pengiklan adalah pentafsir mimpi kita…Senjata mereka adalah kelemahan kita iaitu bimbang, cita-cita, kesakitan, harga diri, kepentingan diri, keinginan dan kejahilan.”
BAGAIMANA? APA KOMEN ANDA
Dec 24th
Baru-baru ini saya ada menerima email dari seorang rakan yang menceritakan bagaimana “Perompak” menggunakan teknologi IT sekarang untuk memperdayakan mangsa mereka . Bacalah cerita beliau dibawah ini;
Minggu lepas seorang sahabat saya di Seremban dirompak RM 7500 melalui penipuan perbankan internet oleh perompak yang menggunakan komputer sebagai senjata.
Pada mulanya dia dihubungi melalui telefon mengatakan dia ada menggunakan kad kredit yang dia tidak pernah pohon dan perlu dibuat tindakan segera untuk mengelakkan tindakan undang-undang. Dia diyakinkan kemudian dengan panggilan dengan nombor dari Bank Negara. Dia menalipon semula nombor Bank Negara tersebut dan mendapati ianya dijawab oleh operator elektronik Bank Negara.
Apabila dia yakin nombor tersebut memang nombor Bank Negara dia menghubungi semula pemanggil pertama yang menggunakan talian talipon bimbit. Pemanggil pertama tadi mengarahkannya pergi ke ATM dan mengikut arahan.
Setelah mengikuti beberapa arahan dalam sekelip mata wangnya dalam akaun AmBank dirompak RM 7500 melalui perbankan internet. Dia nampak pada skrin ATM wangnya dipindahkan ke akaun seseorang.
Setelah disedari ditipu dan dirompak. Dia terus membuat laporan polis dan menyekat akaunnya di bank.
Dua minggu lepas pula ayah saya di Rembau hampir menjadi mangsa serupa. Cuma modus operandinya lain sedikit. Ayah menerima SMS mengatakan dia mendapat hadiah RM 17,000.00 , untuk mendapatkan hadiah tersebut dia perlu pergi ke ATM BSN dan mengikut arahan. Seperti sahabat saya diatas, caranya sama. Mujur akauan dalam akaun pada ketika itu tak sampai RM 20. Pemanggil minta ayah masukkan RM 2000 , tetapi ayah tidak berbuat demikian.
Kemudian ayah membuat laporan polis di Balai Polis Rembau dan menyekat akaun di bank. Menurut polis memang banyak berlaku kes rompakan perbankan internet sekarang ini. Semua golongan terpengaruh dengan penipuan secara ganjaran dan ugutan.
Mereka yang menerima panggilan seperti ini kalau tak tahu nak layan, letak sahaja talipon. Atau minta mereka poskan sahaja saman dan hadiah ke rumah. Jangan berikan butir peribadi seperti No MyKad, Alamat Rumah , Nama Penuh dan sebagainya.
PERSOALANNYA IALAH ?
1. Kenapa nombor telefon Bank Negara begitu mudah di godam ?
2. Kenapa butir peribadi seseorang mudah diperolehi oleh perompak internet ini ?
3. Kenapa sistem perbankan internet di Mala ysia ini begitu tidak selamat ?
4. Haruskah perbankan internet di Mala ysia ini dihapuskan memandangkan begitu ramai mangsa tertipu ?
5. Apa tindakan Bank Negara dan kerajaan untuk membendung kegiatan ini ?
6. Wang dirompak itu akan dimasukkan ke akaun seseorang. Apakah pihak bank tidak dapat memberi maklumat kepada mangsa atau polis siapa pemilik akaun yang wang dirompak itu dipindahkan ke akaun siapa ?APA KOMEN ANDA?…..
Dec 19th
Pada 19/10/2009, Saya telah pergi ke seminar yang dibuat oleh Ammar. Seminar tu dinamakan “Seminar Perniagaan Internet 2010 Ammar Zahar”
Sini ada gambar semasa seminar..

Banner Seminar

Ucapan Perasmian oleh Dr Haji Mohd Arif Hj Ismail ( Timb. Pengarah Bhg Ko-Ku UKM)

Ammar sedang beri penerangan..

Sesi Soal Jawab..

Sesi penyampaian sijil...sijil pun dapat..

Gambar saya bersama Ammar....

Fahmy-- member seminar
Naz….dari blog adsense……http://ads3ns3.blogspot.com/Dec 19th
Seminar Perniagaan internet dan Affiliate bersama Mawardee telah diadakan di UIA Gombak pada 25/10/2009. Disini adalah gambar semasa seminar

Gambar sebahagian dari peserta seminar

Mawardee sedang beri ceramah..
Gambar ini diambil semasa sesi discussion di UIA pada 22/11/09

Discuss sambil lepak2...saya,mawardee & cikgu muthalib..Suhaimi sahar kusyuk practise nampakk..

Uncle...buat apa tu...

Sebahagian dari peserta yang datang discussion
Itu saja gambar yang dapat disiarkan. Jika kengkawan ada lagi gambar ,boleh sent saya upload sini..
Dec 15th
Mendisplinkan diri dalam pengurusan kewangan adalah penting bagi mengelak dibelenggu masalah kewangan. Masalah kewangan ini dapat dikesan dengan tanda-tanda awal masalah.
Di bawah ini saya senaraikan tanda-tanda jika anda mempunyai masalah kewangan;
1. Hutang lebih tinggi daripada pendapatan
Ini yang paling ditakuti oleh ramai orang. Orang selalu kata “over bajet”. Kadang-kadang kita sendiri tahu bahawa kita dah over bajet tapi masih tidak mahu bertindak untuk memperbaikinya. Sebaik-baiknya biarlah hutang kita hanya 1/3 daripada gaji kita.
2. Hanya membayar bayaran minimum kad kredit
Selalunya iniyang berlaku. Sebab nak save bajet kita hanya bayar bayaran min kad kredit dan kita terpaksa menbayar caj faedah 1.5% sebulan dan lebih kurang 18% setahun.
3. Menggunakan kad kredit sehingga maksimun
Jika limit kad kredit anda semakin mendekati had maksimum, ini adalah amaran bahaya. Jika ini berlaku anda mungkin cuba mendapatkan kad kredit yang ke 2 , ke 3 dan seterusnya yang mana menyebabkan hutang kad kredit anda akan bertambah-tambah.
4. Menangguhkan pembayaran bil-bil bulanan
Bila bil-bil bulanan anda ada yang tak dibayar atau tertunggak dan seterusnya akan dikenakan penalti, dan ini akan menambahkan lagi bebanan kewangan anda.
5. Hutang yang banyak (keliling pinggang)
Hutang-hutang bertambah saban hari, bukan saja dengan bank tetapi telah melarat sehingga berhutang dengan sanak saudara dan rakan-rakan. Kadang-kadang ini akan mengundang tidak selesa atau kepercayaan mereka.
6. Bertengkar dengan pasangan anda pasal wang
Jika berlaku pertengkaran anda dengan pasangan anda berkaitan duit atau perbelanjaan keperluan, maka ini tanda anda mempunyai masalah kewangan. Jangan biarkan ini berlaku, kerana ia boleh menjadi kekeruhan di dalam rumahtangga termasuk boleh berlaku penceraian.
7. Tak boleh tidur malam
Jika pepatah mengatakan, “tidur tak lena, mandi tak basah” kerana kemaruk cinta tapi ,kalau anda juga tidak tidur lena kerana banyak hutang yang difikirkan, maka ini sama juga seperti pepatah diatas.
Jika anda mempunyai tanda-tanda seperti diatas, anda perlu segera mengambil tindakan. Salah satu caranya ialah dengan mendapat khidmat nasihat pakar/kaunselor kewangan.